Wednesday, February 24, 2010

Mohd. Khairi Affendi (1991-2010)


Khairi seorang anak muda, anak kepada abang pupu aku Affendi atau lebih aku kenali dengan nama Abang Fadi telah kembali ke rahmatullah pada usia 19 tahun kerana kemalangan jalanraya. Dikhabarkan beliau mengalami kecederaan parah pada tengkuk, kepala dan 'internal blooding'. Apa yang boleh dibuat, hanya sekadar merestuinya walaupun begitu perit, walaupun pahit, walaupun berat, bebanan harus digalas.
Begitulah ujian, cabaran dan rintangan yang dilalui oleh Abang Fadi sekeluarga.

Isterinya, Kak Ain (Nurfarahin - seorang muallaf) begitu tabah walaupun agak sukar menerima hakikat yang anak yang dikandungnya selama 9 bulan dan hanya pada usia 19 tahun telah pergi buat selamanya. Harapannya untuk melihat anaknya itu berjaya dalan hidup sudah hilang tanpa diduga. Kini yang tinggal anaknya sulungnya Khairul dan 2 orang adik perempuannya.

Semoga Khairi ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman...al fatihah..

No comments:

Post a Comment