Wednesday, February 24, 2010

Mohd. Khairi Affendi (1991-2010)


Khairi seorang anak muda, anak kepada abang pupu aku Affendi atau lebih aku kenali dengan nama Abang Fadi telah kembali ke rahmatullah pada usia 19 tahun kerana kemalangan jalanraya. Dikhabarkan beliau mengalami kecederaan parah pada tengkuk, kepala dan 'internal blooding'. Apa yang boleh dibuat, hanya sekadar merestuinya walaupun begitu perit, walaupun pahit, walaupun berat, bebanan harus digalas.
Begitulah ujian, cabaran dan rintangan yang dilalui oleh Abang Fadi sekeluarga.

Isterinya, Kak Ain (Nurfarahin - seorang muallaf) begitu tabah walaupun agak sukar menerima hakikat yang anak yang dikandungnya selama 9 bulan dan hanya pada usia 19 tahun telah pergi buat selamanya. Harapannya untuk melihat anaknya itu berjaya dalan hidup sudah hilang tanpa diduga. Kini yang tinggal anaknya sulungnya Khairul dan 2 orang adik perempuannya.

Semoga Khairi ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman...al fatihah..

Monday, February 22, 2010

Aminulhafiz's Wedding Day, Location : Felda Tenang Besut Terengganu.

Ketibaan Raja sehari diperkarangan rumah pengantin lelaki.

Disebabkan hujan yang merenyai pada waktu itu, mempelai begitu berhati-hati....

Keceriaan terpancar.....

Sebahagian anggota rombongan pihak pengantin perempuan.

Mengabadikan kenangan saat bersejarah di ruang hadapan rumah pengantin lelaki.

Raja sehari di singgahsana.

Zooming......

Rakan taulan tidak ketinggalan untuk merakam di hari bahagia ini....

Mungkin keletihan agaknya, maklumlah setelah malalui perjalanan yang jauh, nun mai dari aloq staq....

Disebelah malam, makan kek beramai-ramai (kualiti gambar kurang memuaskan)

Mamat Farobi.....

Sekejap saja kek sudah hampir habis.

Abang Adam kelihatan letih setelah bertungkus lumus membantu kelancaran walimatul urus Amin.

Abang Zaki sedang menjamah kek perkahwinan.

Upacara membuka hadiah bermula....

Tak banyak hadiah yang diterima pada hari itu, mungkin

Antara hadiah yang diterima.

Gelagat Farobi......

Kak Anum begitu ceria setelah anak sulungnya selamat bernikah dan kenduri pun telah selamat disempurnakan, segala kegelisahan dan kerisauan sebelum ini telah berakhir.