Thursday, April 30, 2009

Selsema Babi (Swine Influenza).





















Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico, menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.

Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalahseperti,selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya,muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir,walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.

Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara(dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.
- Sumber : Carca-Marba.blogspot.com

Wednesday, April 29, 2009

Solat sunat : Sunat Dhuha.

Didirikan ketika matahari sedang naik antara jam 8-11 pagi. Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua hingga dua belas rakaat. Lafaz niatnya : "Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala".

Keistimewaannya : Dilapangkan kehidupan pada hari itu dan dimurahkan rezekinya.

Monday, April 27, 2009

Coca-cola + Ajinomoto

Dear friends,

I received a news about the recent tactic used to spike girls' drink. it is a cheap and widely used method. This method is used in Canny Ong murder. Rapist uses this method. Coca-cola+ajinomoto/monosodium glutomate= a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim. This mixture is poisonous if used too often on the victim.

Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware.

DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / even if it is your friend that you are not very close with!

Regards,
Hishamuddin Alias ( ASP )
Jabatan Siasatan Jenayah Berat
IPK Kuala Lumpur

Sunday, April 26, 2009

Karnival Bank Rakyat di Taman Tasik Taiping Perak DR.

Semalam Sabtu 260409 hari cuti bergaji ku, tiada program besar dirancang kerana aku akan bermula bekerja shift malam. Biasanya waktu begini aku menghabiskan masa dirumah. Sebelah paginya cadang nak bawa anak bermain kat 'Lake Garden play ground'.

Sampai saja kat Lake Garden, kelihatan ramai orang kerana mengunjung Karnival Bank Rakyat. Anak-anak ku begitu teruja dengan karnival tersebut hinggakan play ground tidak lagi dihiraukan. Aku berjanji dengan mereka akan datang semula, selepas itu kami sekeluarga terus berlalu. Seperti yang dijanji, sebelah petang aku sekeluarga kembali ke Karnival tersebut. Antara suasana yang dapat ku rakamkan :






















Saturday, April 25, 2009

Waktu mustajab berdoa oleh Mohd Zawawi Yusof

BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja.”

Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya.Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang
sangat mustajab berdoa antaranya:

- Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur.Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

- Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam,membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.

- Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.

Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

- Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:

“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)

Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti,imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.

- Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya,iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.

Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:

“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.”

Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.

Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.

Friday, April 24, 2009

"Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah"

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat."

Thursday, April 23, 2009

Imam Ghozali Menjelaskan.......

Assalamualaikum,
"Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"
IMAM GHOZALI MENJELASKAN "yang paling dekat dengan kita didunia ini adalah "MATI" oleh itu beramallah kita seolah esok kita akan mati dan carilah rezeki seolah kita akan hidup seribu tahun lagi.

"Apakah yang paling jauh dari diri kita didunia ini?"
IMAM GHOZALI MENJELASKAN " yang paling jauh adalah "MASA LALU" bagaimana dan apapun kenderaan, kita tak boleh kembali kemasa yang lalu, walaupun sesaat berlalu. Oleh itu berfikirlah dahulu sebelum melakukan sesuatu.

"ALLAH PALING SUKA PADA ORANG YANG SENTIASA BERTAUBAT"

Wednesday, April 22, 2009

Kolam Memancing Che Gu Kg. Relang Batu Kurau Perak.

Posting editor pada 250309 yang lalu "banner" mengenai kolam memancing Che Gu, pada 120409 editor sekali lagi singgah di kolam ini. Kali ini saya terus meninjau "real situation" kolam tersebut.Terdetik juga untuk mencuba namun hajat asal adalah untuk membuat tinjauan sahaja, jadi saya tidak mahu "family" program pada hari tersebut terganggu,hanya lebih kurang 40 minit kami sekeluarga berada dikolam tersebut.

Suasana disitu begitu mendamaikan, kelihatan beberapa orang pemancing sedang mencuba nasib, kebetulan pada hari itu adalah hari terakhir pertandingan memancing ikan terberat yang menawarkan sebuah motorsikal Kristar terpakai yang bernilai RM2500.00.
Kemudahan yang disediakan termasuklah surau untuk bersolat.

Teringin juga menyaksikan pemancing merentap joran menumpaskan Patin yang ada dikolam tersebut, namun sepanjang saya berada disana, suasana itu tidak kelihatan, cuma seekor patin seberat lebih kurang 200gram dinaikkan nun dihujung kolam, saya hanya memerhati dari jauh. Insya Allah suatu hari nanti aku sekeluarga akan mencuba nasib disitu......




























Saturday, April 18, 2009

Untuk Renungan Bersama.

Semoga penulis asal cerita ini mendapat rahmat dari Allah s.w.t.
Bismillahirrahmanirrahim.Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi-TV 3(6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya:-"Ya,Rasulullah,sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku
menanggung kesakitan ini."Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.

Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH"

Thursday, April 16, 2009

Mee Udang Utara

Oleh NORAINON OTHMAN
BAGI penggemar udang, kunjungan ke Restoran Mee Udang D’ Tanjung di Sunway Batu Caves pasti membuka selera kerana kebanyakan menu berasaskan hidupan yang mempunyai keenakan rasa tersendiri itu.

Selain menu istimewanya Mi Udang yang dijadikan nama restoran dan digabungkan D’Tanjung membawa maksud di Pulau Pinang, masakan lain mengandungi hidupan laut bertubuh melentik itu ialah cucur udang, char kuetiau, nasi goreng istimewa D’Tanjung dan nasi goreng makanan laut.

Menggunakan udang laut yang dijamin kesegarannya, mi udang ini adalah air tangan Azimah Abdul Rahman, 52.

Pemilik restoran itu berkata, mi udang sememangnya popular di utara Semenanjung, terutama di kalangan masyarakat Cina Pulau Pinang.

Bagaimanapun, katanya, cara masakan mi udang di restorannya tidak sama dengan gaya masakan Cina iaitu kuah sup udang yang turut diletak sos cili.

“Mi Udang di sini dimasak mengikut selera Melayu menggunakan kuah seperti mi rebus tetapi tidak dibubuh daging kerana ada kaum bukan Melayu tidak makan daging. Antara bahan yang digunakan ialah stok udang dan udang laut segar.

“Bila sebut mi bandung, mi rebus atau mi Jawa, ramai mengetahuinya tetapi di Kuala Lumpur, masih ramai belum kenal mi udang, khususnya mereka yang bukan berasal dari utara. Jadi, pembukaan restoran ini adalah satu cara mempopularkan menu berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mi udang Sungai Dua antara yang terkenal di Utara seperti kehebatan mi bandung Muar atau sate Kajang, namun antara satu kedai dengan kedai lain, rasa masakan tidak sama kerana bergantung kepada resipi yang digunakan serta air tangan pembuatnya.

“Resipi ini saya peroleh daripada ibu (Datin Aishah Bakar, 73). Kalau balik ke Pulau Pinang dan berkumpul bersama keluarga, emak akan memasak resipi istimewa ini, terutama pada Aidilfitri,” katanya.

Harga semangkuk mi udang ialah RM6, manakala mi udang istimewa mengandungi lebih banyak udang ialah RM9.

Selain mi udang, Ayam Tok Dah antara resipi istimewa bagi lauk nasi campur di restoran itu. Masakan berkenaan adalah resipi ibu mentuanya yang popular dengan panggilan Tok Dah (sudah meninggal dunia) dan digemari ahli keluarganya.

Masakan berkenaan kelihatan seperti resipi tradisional masakan Melayu, rendang. Bagaimanapun, ia sebenarnya campuran bahan masakan kari dan rendang yang turut dienakkan dengan campuran kacang tanah, lengkuas dan serai.

Biasanya cucur udang dimakan dengan kuah sos sebagai pencicah, namun di restoran Mee Udang D’Tanjung, kuahnya adalah kuah kacang dan dilengkapi tauhu dan timun. Cucur udang dan mi udang disediakan untuk hidangan petang.

Restoran selera utara itu menyajikan nasi goreng istimewa D’Tanjung mengandungi tiga ekor udang goreng tepung, keropok ikan dan sos cili Siam.

“Bagi penggemar udang, mungkin timbul kebimbangan jika makan terlalu banyak hidupan laut itu, kolesterol dalam tubuh tinggi hingga menjejaskan kesihatan.

“Untuk itu, kami menawarkan air jus sihat yang dicipta sendiri bagi ‘memotong’ kolesterol akibat banyak makan udang. Jus ini dibuat daripada batang saderi, epal dan timun,” katanya.

Monday, April 13, 2009

Kemalangan di rumah

Kemalangan di rumah
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

LUKA, lebam dan melecur antara kecederaan yang paling kerap berlaku di rumah. Ramai panik dan tidak tahu apa perlu dilakukan apabila berlaku kemalangan, terutama jika ia membabitkan kanak-kanak dan menyebabkan banyak pendarahan.

Semua orang tahu dan sedar kepentingan aspek keselamatan tempat tinggal, tetapi berapa ramai antara kita mempunyai peti atau kit kecemasan di rumah?

Berapa ramai pula mempunyai pengetahuan atau pernah belajar teknik bantuan kecemasan, khususnya untuk kecederaan di rumah?

Kemalangan di rumah boleh berlaku kepada sesiapa saja walaupun risikonya lebih tinggi di kalangan kanak-kanak dan orang tua.

Antara jenis kecederaan yang paling banyak dirujukkan ke unit kecemasan hospital ialah luka, kecederaan mata dan kepala serta luka terbakar, kata Pegawai Perubatan Kanan Pusat Perubatan Tropicana, Dr Suraya Yahya.

Menurutnya, kemalangan di rumah dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

a. Luka
Perkara ini kerap terjadi pada kanak-kanak dan ramai ibu bapa panik apabila melihat anak mereka berdarah. Jangan risau, periksa dulu saiz luka anak. Jika kecil, segera letak anggota yang berdarah di bawah air paip dan siram hingga pendarahan berhenti. Ia juga bertujuan menyingkir objek asing (yang mungkin ada) pada luka.

Selepas pendarahan berhenti, lap luka hingga kering dan balut dengan kain kasa yang steril (bebas kuman). Namun kaedah ini hanya untuk luka kecil yang tidak menyebabkan terlalu banyak pendarahan. Bagi luka besar atau ada objek tertusuk ke dalam luka, segera bawa anak ke klinik atau hospital berhampiran.

b. Kecederaan mata
Ramai takut apabila kecederaan membabitkan mata dan tidak tahu apa perlu dilakukan. Cuci tangan anda hingga bersih dan lalukan air paip pada mata selama 15 minit (mata perlu dibuka).

Teknik ini dipanggil pencucian mata (flushing). Ini adalah kaedah biasa yang digunakan di klinik dan hospital. Kaedah ini boleh digunakan jika mata berasa pedih akibat terkena wasap bahan kimia seperti asid pencuci lantai atau longkang. Walaupun mata mengeluarkan air mata (tindak balas normal), ia masih tidak mencukupi. Mata anda perlu dibantu dengan membersihkannya di bawah air mengalir. Jika mata masih berasa tidak selesa, segera pergi ke klinik.

“Jika mata terkena serpihan kaca, jangan cuba mengeluarkannya walaupun ia boleh diambil dengan tangan kerana kita tidak tahu berapa dalam kaca itu tertusuk ke dalam mata.

“Kita bimbang jika luka itu dalam, ia boleh menyebabkan pendarahan dan ada serpihan kecil tertinggal dalam luka andai serpihan itu dikeluarkan sendiri.

“Sebaliknya, basuh tangan dan ambil cawan atau gelas plastik yang bersih dan tekap pada mata berkenaan. Ia bertujuan melindungi mata daripada terkena benda lain dan segera minta ahli keluarga membawa anda ke hospital.

“Di hospital, doktor akan mengeluarkan serpihan kaca dan menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui jika berlaku pendarahan dalam mata,” katanya.

Selain itu, mata lebam turut mendatangkan banyak masalah. Walaupun tidak membahayakan nyawa, ia menyebabkan ketidakselesaan. Cara yang boleh anda lakukan di rumah ialah balut kiub ais dengan tuala bersih dan tekap pada mata.

Tuam selama lima hingga 10 minit, rehat selama 10 hingga 15 minit dan ulang beberapa kali dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Jika lebam mata masih tidak berkurang, anda dinasihatkan mendapat rawatan di hospital.

Jika mata sakit, ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol. Ingat, jangan ambil aspirin atau ibuprofen. Apabila tidur, jangan baring pada belah mata yang sakit kerana ia membuatkan mata bertambah bengkak dan sakit.

c. Jatuh
Bengkak dan luka adalah kecederaan luaran, namun yang lebih dikhuatiri ialah berlaku kecederaan dalaman, terutama apabila seseorang itu jatuh dan kepalanya terhentak.
Seseorang yang jatuh perlu segera dibawa ke hospital apabila dia mengalami tiga tanda:
Pengsan (walaupun hanya untuk dua atau tiga saat)
Muntah-muntah (ini menandakan ada pendarahan dalaman atau otaknya bengkak)
Pening

Keadaan seseorang itu dipantau selama 24 jam. Ujian sinar-X pula dilakukan untuk memeriksa keretakan pada tengkorak. Bagaimanapun, biasanya kemalangan di rumah hanya menyebabkan pendarahan dan bukan keretakan tengkorak.

“Kebanyakan orang tidak mahu ke hospital kerana menganggap pening sedikit atau muntah sebagai perkara biasa. Jika ia berlaku selepas anda jatuh dan kepala terhentak, ia bukan perkara biasa, sebaliknya petanda penting menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan otak anda,” kata Dr Suraya pada kempen Keselamatan anjuran Pusat Perubatan Tropicana.

d. Kebakaran
Luka terbakar boleh menyebabkan kulit rosak, tegang dan terasa sangat sakit. Apabila kulit rosak akibat terbakar sama ada disebabkan haba panas atau sejuk, sistem perlindungan badan yang paling luar terhadap jangkitan kuman akan terganggu.

Luka terbakar dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut puncanya, sama ada haba panas atau sejuk. Mengikut istilah, luka terbakar ada dalam dua bentuk iaitu lecur (disebabkan haba kering, kesejukan melampau, bahan mengkakis, radiasi dan cahaya matahari) manakala lepuh pula diakibatkan haba basah seperti cecair dan wap panas.

Jenis luka terbakar dan punca yang berkemungkinan:

Luka terbakar yang kering — Disebabkan api, tersentuh objek panas, contohnya perkakas di rumah, khususnya alat elektrik, periuk panas

Lepuh — Disebabkan wap atau cecair panas (termasuk minyak panas)

Luka terbakar akibat arus elektrik — Arus voltan rendah seperti digunakan dalam alat elektrik di rumah

Luka terbakar akibat bahan kimia — Bahan kimia dan agen kimia yang biasa untuk kegunaan domestik, termasuk pengikis cat, soda kaustik, racun rumpai, peluntur dan sebarang asid atau alkali yang kuat.

Menurut Dr Suraya, kebanyakan wanita suka melakukan banyak kerja dalam satu masa dan kadangkala ketika ini mereka tidak sedar anak terdedah kepada bahaya.

Ketika di dapur terutamanya, sentiasa pastikan wayar peralatan elektrik jauh daripada jangkauan kanak-kanak. Selain itu, bagi periuk bertangkai, halakan tangkainya ke arah belakang.

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan membeli pengunci kabinet (yang diletakkan di tombol kabinet) bagi mengelak anak kecil bermain dengan pintunya. Kanak-kanak suka bermain buka-tutup pintu kabinet dan perkara ini kerap menyebabkan kecederaan kepada mereka.

“Jika terpaksa dukung anak sambil memasak, anda perlu lebih berhati-hati. Paling penting, elak mengangkat periuk, kuali atau cerek panas ketika mendukung anak kerana ia sangat berbahaya. Elak juga membawa teko berisi air panas.

“Bagi yang selalu menggunakan ketuhar gelombang mikro, isi makanan di dalam bekas yang sesuai. Jangan panaskan makan di dalam bekas polisterin, styrofoam atau plastik kerana ia boleh meletup.

“Biasanya pengeluar menulis label sama ada sesuatu bekas itu sesuai untuk kegunaan ketuhar gelombang mikro atau sebaliknya.

“Jika anda memanaskan makanan dalam bekas bertutup, buka sedikit tutupnya untuk mengeluarkan wap panas. Jangan terus dibuka kerana wap panas itu boleh terkena tangan.

“Jika memanaskan makanan untuk anak, biarkan seketika selepas ia dikeluarkan daripada ketuhar dan jangan terus beri kepada si kecil.

“Satu keunikan ketuhar gelombang mikro ialah ia hanya memanaskan makanan tetapi bekas makanan itu tetap sejuk. Uji dulu kehangatan makanan, baru beri kepada anak,” katanya.

Luka terbakar juga boleh berlaku di bilik air, terutama bagi keluarga yang memasang alat pemanas air. Dr Suraya mengingatkan supaya sentiasa memeriksa meter had kepanasan air sebelum membuka paip.

Beliau pernah menerima pesakit yang melecur kulit belakang badan yang tidak menyangka ada tangan nakal memusing meter had kepanasan air sehingga ke tahap maksimum.

“Laraskan kepanasan ke tahap terendah dulu dan tingkatkan suhu air secara perlahan-lahan. Jangan biarkan anak mandi sendirian kerana kanak-kanak tidak dapat membezakan antara tanda panas dan sejuk,” katanya.

Untuk keluarga yang ada anak kecil, labur sedikit duit membeli penutup palam kerana kanak-kanak kecil berumur satu hingga dua tahun mudah tertarik kepada cahaya pada palam berkenaan.

Pada masa sama, jangan biarkan wayar elektrik terdedah kerana ada kanak-kanak kecil, khususnya yang bakal atau baru tumbuh gigi, menggigit wayar untuk menghilangkan rasa gatal pada gusi.

Sebaliknya, jangan sorokkan wayar ini di bawah permaidani dengan tujuan supaya ruang tampak kemas dan cantik. Perkara ini sangat berbahaya kerana jika wayar berkenaan sering dipijak ia menjadi haus dan boleh berlaku kejutan elektrik atau kebakaran.

Dr Suraya berkata, setiap orang perlu lebih berhati-hati apabila mengendalikan bahan kimia domestik seperti cecair peluntur, asid pencuci longkang atau sebarang alkali kuat.

Patuhi peraturan seperti tercatat pada label dan jangan memandai-mandai mencampurkan dua jenis bahan kimia domestik.

“Jangan kerana mahu bahan pencuci yang lebih kuat, anda mencampur bahan peluntur dengan asid lain. Tindakan ini sangat berbahaya walaupun anda menuangnya ke lantai, kerana kita tidak tahu apa tindak balas yang akan berlaku.

“Pernah terjadi seorang suri rumah mengalami kecederaan mata apabila terkena wasap bahan kimia selepas menuang peluntur dan asid pencuci ke dalam longkang. Mujur dia cepat membersihkan mata dan segera mendapat rawatan di hospital.

“Selain itu simpan bahan kimia di dalam bekas khas yang berlabel dan jauh daripada kanak-kanak. Jika anda memasukkan baki bahan kimia ke dalam botol, label botol berkenaan dengan terang dan tulis perkataan ‘bahaya’.

“Jangan guna botol yang asalnya untuk minuman bagi mengelak kekeliruan. Kunci almari atau stor di mana bahan ini disimpan kerana kanak-kanak kecil tidak tahu membaca dan erti bahaya,” katanya.

Menurutnya, luka kebakaran boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

Darjah pertama — Kulit menjadi merah, berasa sakit dan kesannya hilang dalam masa seminggu

Darjah kedua — Jenis luka yang paling sakit, menyebabkan kulit melepuh dan berair. Jangan cucuk gelembung berair ini kerana ia memberi laluan kepada jangkitan bakteria atau virus. Gelembung berair ini adalah tindakan semula jadi kulit terhadap kebakaran untuk melindungi sel lain.

Darjah ketiga — Jenis luka kebakaran paling teruk tetapi kurang sakit berbanding jenis kedua kerana semua saraf pada bahagian yang luka termusnah dan mangsa tidak lagi berasa sakit. Kesakitan hanya dirasakan pada keliling bahagian yang terbakar.

“Rawatan untuk luka jenis kedua dan ketiga tidak boleh dibuat di rumah, sebaliknya mangsa perlu segera dibawa ke hospital. Mangsa akan diberi rawatan sesuai bagi menyembuhkan luka dan mengelak jangkitan. Untuk luka kebakaran jenis ketiga, pesakit mungkin perlu menjalani rawatan penggantian kulit.

“Ibu bapa perlu meningkatkan ciri-ciri keselamatan di rumah dan beritahu anak mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan dan terangkan mengapa ia berbahaya.

“Selain itu, sentiasa peka terhadap peralatan di rumah dan dapatkan khidmat orang berpengetahuan jika berlaku masalah membabitkan pendawaian mahupun peralatan elektrik. Tidak mengapa berbelanja sedikit, asalkan kita sekeluarga selamat,” katanya.

Sunday, April 12, 2009

Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah : Membaca watak anak-anak

Setiap anak dilahirkan dengan watak atau peribadi yg berbeza. Ibu bapa mesti bijak membaca watak anak-anak, kerana pendidikan yang berkesan adalah pendidikan yang bersesuaian dengan watak sebenar anak-anak.Mengikut pakar motivasi, Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah, terdapat sekurang-kurangnya 10 cara utk mengenal perwatakan anak-anak.

1. Nama
Nama menggambarkan doa atau harapan ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa mesti memahami makna bagi nama anak-anak kerana nama akan mempengaruhi tindak-tanduk dan peribadi anak-anak. Anak-anak yang bernama Afifah (berbudi bahasa) mungkin akan menjadi seorang lemah lembut berbanding yang bernama Naqibah (ketua) yang berwatak lebih tegas, ada prinsip (mungkin keras kepala, degil dsb). Anak yang bernama Ariffin mungkin seorang yang bijak manakala anak yang bernama Hanif seorg yang jujur dan bersih hatinya.

2. Perwatak Fizikal
Pakar-pakar psikologi menyatakan, bentuk badan anak-anak turut memberi gambaran perwatakan anak-anak, misalnya:

*Bertubuh kurus
Seorang yang agak gemuruh dan kelam-kabut tapi sangat kreatif. Seorang yang aktif dan pantas bergerak. Tapi agak penakut dan tidak boleh diharap sangat. Suka diberi penghargaan dan belaian oleh orang lain.

*Bertubuh sederhana
Suka tidur dan kuat makan. Kuat semangat, tapi slalunya tak fikir panjang sebelum bertindak. Sensitif, mudah marah, dan inginkan kesempurnaan. Memiliki daya ingatan yang kuat, suka memberi pandangan.

*Gemuk
Seorang yang tenang, penyayang, mudah bertolak-ansur dan teratur apabila buat kerja. Agak lambat berfikir, tapi ingatannya selalu tajam. Sabar dan jarang marah.

3. Tarikh lahir
Terdapat tiga jenis karaktor anak berdasarkan tarikh lahir.
Jenis A (lahir pada bulan 2, 4, 6, 8, 9, 11, 12)
Watak: Kelam-kabut, mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan, sentiasa nak cari kehebatan.
Jenis B (lahir pada bulan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12)
Watak: Tenang, mudah bertolak-ansur, mudah diajak berbincang.
Jenis C (lahir pada bulan 2, 3, 4, 7, 8, 9)
Watak: Emosi tinggi, mudah melenting dan mudah tersinggung.

4. Tulisan
Tulisan ditekan - Seorang yang cergas, pantas dan agresif.
Tekanan ringan - Seorang yang tidak begitu sihat dan mudah sakit.
Tulisan berbentuk bulat - Emosional, prihatin, penyayang, peka dan kreatif.
Tulisan tajam - Rasional, sistematik, pandai mengurus, banyak guna otak kiri.
Tulisan condong ke kanan - Ramah, penyayang, berani, pemurah.
Tulisan condong ke kiri - Suka menyimpan rahsia, pemalu, setia, kurang bercampur dengan orang.
Tulisan tegak - Sistematik, suka berkawan, suka cari jalan tengah.
Tulisan bercampur-aduk - Emosi tak tetap.
Tulisan jarang-jarang - Tak suka campur orang, kurang mesra, boros.
Tulisan rapat-rapat - suka bergaul, tapi amat bergantung dengan orang lain, sangat berjimat.
Ekor bagi huruf j, g, y dan z besar - Emosi ditunjukkan dengan jelas, penyayang, pandai tunjukkan kasih sayang, pemurah, rajin.
Ekor huruf j, g, y dan z kecil dan x lengkap - Tak pandai pamer emosi, kurang rajin.
Palang t tinggi - Aspirasi tinggi.
Palang t rendah - Mudah puas hati, tidak bercita-cita tinggi.
Palang t sederhana - Usaha dan tahap pencapaian yang sederhana.

5. Warna kegemaran.
Hijau - Mencitai alam sekitar, pemurah, mengambil berat,penyayang,
berperikemanusiaan, kritis, banyak idea.
Hitam - Serius, buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, tinggi iltizam.
Putih - Optimis, bersangka baik, sabar, suka kedamaian.
Merah jambu - Penyayang, bersungguh-sungguh, mempunyai keinginan yang tinggi.
Oren - suka kebebasan, kreatif, aktif, agak kelam-kabut, semangat tinggi, mempunyai ramai kawan.
Kuning - Ceria, tahan lasak, suka berkawan.
Biru muda - Sensitif, beretika, suka menolong, suka bekerjasama, sedia berkorban untuk orang lain.
Emas atau perak - suka pada kejayaan.

6. Urutan dalam keluarga.
Anak sulung - Cakap serupa bikin, cemerlang di rumah dan sekolah, jadi model kepada adik-adik, suka mengawal orang lain, pandai memujuk.
Anak tengah - Suka jadi pendamai, pemurah, mudah berkawan, bertolak-ansur.
Anak bongsu - Berani mengambil risiko, bertolak-ansur, kreatif, peramah.
Anak tunggal - Yakin, tak bergantung pada orang lain, teliti dan terperinci, bercita-cita tinggi, pengasih, pemurah dan suka bantu orang lain.


*sumber: majalah i bulan Dis 2005 (keluaran karangkraf)