Monday, October 8, 2012
Cynometra Cauliflora (Buah Nam Nam)
Pokok Nam Nam
Buah katak puru? Kenapa namanya begitu? Begitulah gelaran yang dipanggil kepada buah nam-nam kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu.
Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur.
Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak. Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah katak puru.
Memang sedap jika dimakan bersama nasi yang masih panas. Malah, bukan itu sahaja, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan jus.
Buah nam nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.
Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan.
Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Ada juga yang menjadikannya ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh.
Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang.
Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja.
Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut.
Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur
Sumber : Wartawan Sinar Harian
Sunday, July 8, 2012
Hari Pengkebumian Zafrillah Basin.
Zafrillah seorang pemuda di kampong aku telah kembali kerahmatullah pada usia 35 tahun. Beliau menderita sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana dikatakan menghadapi penyakit barah hati. Semasa pemeriksaan doktor beliau disahkan menghadapi bengkakan pada hati.
Ketika beliau terlantar dihospital beberapa minggu yang lalu sempat aku melawatnya, aku terkejut melihat keadaannya kerana susuk tubuhnya yang kurus, ternayata beliau sakit kerana kelihatan lemah dan dan kesihatannya yang merosot teruk.
Pada 17/07/12 aku menerima panggilan yang memberitahu beliau sudah tiada lagi. Jenazah beliau selamat disemadikan di tanah perkuburan kampong aku pada hari ini jam lebih kurang pukul 11.30 pagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.... Al-Fatihah....
Ketika beliau terlantar dihospital beberapa minggu yang lalu sempat aku melawatnya, aku terkejut melihat keadaannya kerana susuk tubuhnya yang kurus, ternayata beliau sakit kerana kelihatan lemah dan dan kesihatannya yang merosot teruk.
Pada 17/07/12 aku menerima panggilan yang memberitahu beliau sudah tiada lagi. Jenazah beliau selamat disemadikan di tanah perkuburan kampong aku pada hari ini jam lebih kurang pukul 11.30 pagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.... Al-Fatihah....
Sunday, June 24, 2012
Saturday, June 16, 2012
Sunday, April 29, 2012
Tuesday, January 24, 2012
Zikir Harian
Monday, January 23, 2012
Program Mesra Penduduk - Anjuran Jiran Wanita Kawasan RT Taman Kamunting Perdana

Profesor Doktor Muhammad Amin Bin Hj. Zakaria
Tetamu istimewa pada hari tersebut.

Antara hadirin yang hadir sebelum majlis bermula.

Kelihatan para juri sedang meneliti dan menilai hasil kerjatangan dan gubahan peserta.

Jamuan makan bermula.

VIP table - sedang menjamu selera.

Salah satu kategori pertandingan gubahan menggunakan tuala.











Kategori ke2 berbentuk makanan iaitu Puding










Kategori ke3 gubahan denagan menggunakan sumber bahan-bahan terpakai.









Berdasarkan hasil kerjatangan dan gubahan diatas menggambarkan bahawa kaum wanita tidak ketandusan idea walaupun mereka berada dirumah namun pemikiran mereka begitu kreatif dan produktif, semoga program pertandingan sebigini dapat diteruskan dimasa depan dengan lebih teratur dan menyeluruh seterusnya dapat mengeratkan silaturahim dan semangat kejiranan yang mantap sesama penduduk.
Subscribe to:
Posts (Atom)