Sunday, October 21, 2012

Program Komuniti TKP : Majlis Sambutan Ramadhan Al-Mubarak 2012


Suatu ketetapan telah dibuat untuk menjayakan majlis berbuka puasa bagi komuniti Fasa 2 Semi-D Taman Kamunting Perdana, maka tarikh yang dipilih adalah 14/07/2012. Adapun tujuan majlis sebigini dirancang adalah untuk mengukuhkan silaturahim sesama penduduk, dimana kita semua sedia maklum bahawa pada hari-hari biasa masing-masing sibuk dengan komitmen pada keluarga dan kerjaya.

Pihak Jawatankuasa penduduk telah sepakat untuk mengadakan majlis sambutan kedatangan bulan Ramadhan. Perancangan yang rapi telah dirangka melalui beberapa mesyuarat dan perbincagan tidak formal.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hasil dari kerjasama, sumbangan samada peralatan, wang ringgit dan tenaga.

 Semoga sumbagan itu akan mendapat pembalasan yang setimpal dari Ilahi. Disamping itu juga program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang demi kesejahteraan komuniti setempat. Kelihatan Tuan haji Din dan isteri begitu tekun menyediakan bahan masakan.