Zafrillah seorang pemuda di kampong aku telah kembali kerahmatullah pada usia 35 tahun. Beliau menderita sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana dikatakan menghadapi penyakit barah hati. Semasa pemeriksaan doktor beliau disahkan menghadapi bengkakan pada hati.
Ketika beliau terlantar dihospital beberapa minggu yang lalu sempat aku melawatnya, aku terkejut melihat keadaannya kerana susuk tubuhnya yang kurus, ternayata beliau sakit kerana kelihatan lemah dan dan kesihatannya yang merosot teruk.
Pada 17/07/12 aku menerima panggilan yang memberitahu beliau sudah tiada lagi. Jenazah beliau selamat disemadikan di tanah perkuburan kampong aku pada hari ini jam lebih kurang pukul 11.30 pagi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.... Al-Fatihah....