Hentian Puduraya, satu hentian bas ekspress yang terkenal di negara kita.
Setelah melepasi kerja-kerja renovasi ia dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri 1 Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada 27hb. Ogos yang lalu.
Paparan dulu dan kini Hentian Puduraya. Perbezaan ketara : Dulu hitam putih, Kini berwarna, hasil kemajuan 1 Malaysia.
Basement, tempat parking bas untuk mengambil dan menurunkan penumpang, kelihatan lebih menarik teratur dans selesa tetapi ketinggian dan keluasan lorong masih sama.
Eskalator dari basement ke Ground floor (G level- tempat menunggu). Kalau dulu hanya tangga biasa tetapi sekarang eskalator mengambil alih ini sudah pasti amat berguna untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU). Tapi malangnya sewaktu aku disana tempohari eskalator ini tidak berfungsi, ini bermakna kena panjat eskalator untuk sampai keatas (G level).
Tempat menunggu, kelihatan menarik dan ceria dengan lantai yang berkilat dan kerusi yang ber'krom'.
Kelihatan beberapa buah mesin ATM disediakan untuk kemudahan orangramai mendapatkan 'cash'.
Tempat menunggu yang selesa dan banyak kerusi disediakan. 'Ground floor' hanya menempatkan tempat menunggu dan gerai jualan makanan ringan, buah-buahan, air minuman dan lain-lain. Kalau duhulu tempat menunggu ini juga menempatkan medan selera (tempat makan) tetapi kini 'food court' diubah ketingkat 4.
Zooming Auto Teller Machine (ATM).
Kelihatan disana gerai jualan di 'Ground Floor'.
Salah sebuah gerai yang menjual pakaian, kasut dan hasil kerja berasaskan kulit.
Tingkat seterusnya menempatkan kaunter tiket :
Kaunter tiket Tranasional, Plusliner dan Nice, terserlah imej korporat termaju dengan hiasan dalamannya.
Kaunter-kaunter tiket yang lain.
Lantai berkarpet menonjolkan ciri-ciri kemewahan ala-ala hotel bertaraf 5 bintang.
LCD - memaparkan status perjalanan bas, ditempatkan dimerata tempat untuk kemudahan penumpang mengetahui status perjalanan mereka, konsep seperti di'airport'.
Kemudahan eskalator disetiap tingkat menjadi alat pengangkutan yang menggantikan tangga.
Naik dan turun tanpa berjalan dan boleh relax sambil berbual.....namun ia bergantung sepenuhnya kepada kuasa elektrik, bayangkan tanpa arus elektrik..
Yang bermain difikiranku : berapa lama eskalator ini boleh berfungsi dengan baik kerana ia memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi, sepertimana eskalator dari basement ke ground floor yang aku sebutkan sebelum ini, ianya kaku, tidak berpusing dan kita berjalan kaki seperti biasa seperti memanjat tangga untuk sampai keatas. Mungkin ianya do'off'kan untuk mejimatkan penggunaan elektrik, suatu tindakan yang berhemah lebih-lebih lagi bukan musim perayaan (orang tak ramai).
Kaunter tiket bas Konsortium, pasti akan menjadi kaunter terpopular bagi diriku dimasa akan datang.
Kaunter tiket Transnasional dari sudut yang lain bagi menampakkan kemewahannya dimana menggabungkan 3 kaunter, kelihatan luas, lapang dan selesa.
Kemudahan surau untuk bersolat, dinaiktaraf untuk solat Jumaat. Kalau tak silap aku surau ini masih dilokasi lamanya cuma ia ubahsuai agar lebih cantik dan selesa. Ditingkat ini juga anda boleh mendapatkan teksi, mengambil dan menurunkan penumpang.
Lift : Alat pengangkutan dalaman alternatif, tetapi kekurangannya dari segi saiz lift yang kecil dan sempit disamping masa menunggu yang lama, silap percaturan anda boleh tertinggal bas.
Food court : Tempat baru masih cantik, kurang peniaga dan pengunjung. Anda boleh dapat food court ini ditingkat empat.
Diperingkat awal ini mungkin ada peniaga yang mengeluh kerana susah untuk mendapatkan pelanggan. Aku dapat rasakannya kerana semasa kunjungan aku peniaga bersaing untuk dapatkan pelanggan termasuk aku sendiri, itupun masih banyak gerai makan yang ditutup,mungkin belum ada peniaga.
Sudah menjadi kebisaan tempat yang esklusif dan pelanggan yang terhad akan memberi impak kepada harga barangan. Harga makanan pada kadar RM5.00 dan minuman RM2.50 menjadi harga yang biasa. Pendek kata dengan RM10.00 hanya cukup untuk seorang makan dan minum kalau ada duit 'balance' pun tak banyak.
Tahniah kepada UDA kerana berjaya menyediakan kemudahan yang canggih dan selesa. Merealisasikan konsep 1 Malaysia yang mengutamakan kemudahan untuk rakyat. Diharapkan kemudahan yang disediakan ini akan berterusan dengan tahap dan kecekapannya yang berkekalan. Tindakan pantas keatas kecacatan peralatan dan kemudahan amat dialukan.