Trend terkini Uptown dimana-mana, baru -baru ini sempat aku berkunjung ke Uptown Kota Damansara.
Monday, August 23, 2010
Saturday, August 21, 2010
Rahsia Tapak Kaki
MUNGKIN kerana kedudukannya yang paling bawah, ia adalah anggota tubuh terakhir atau langsung tidak mendapat perhatian sebahagian besar daripada kita.Tetapi, kita terlupa. Pada bahagian paling bawah inilah, dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan - kaki.
Tugas dan tanggungjawabnya juga bukan calang-calang. Seluruh `berat badan' dibebankan kepadanya. Ia juga umpama `kenderaan' paling selamat yang membawa kita ke mana saja. Sebab itulah, ada pendapat yang mengatakan, jika kaki anda sihat, maka kesihatan tubuh secara keseluruhan juga terjamin. Malangnya, berapa ramai yang mengambil berat tentang kesihatan kaki, seperti kita `menjaga' lain-lain anggota tubuh?
Sebaliknya, saban hari, kita telah dan terus `menindas' kaki dengan banyak cara. Antaranya, menyarung kaki dengan kasut yang tidak begitu sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya.
"Lama-kelamaan, jika keadaan ini dibiarkan, kaki akan mengalami tekanan berlebihan."
"Kesannya, ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang," kata Pakar Runding Podiatri, Pusat Penjagaan Kesihatan Komplementari Datuk Paduka Saleha, Petaling Jaya, Selangor,
Dr. Mark Reyneker. Menurut beliau, sebilangan besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut berpunca daripada fungsi kaki yang terjejas. Bagaimanapun, berita baiknya, ia ada penawar.
Tetapi, tidak ramai yang benar-benar faham atau ambil peduli apabila fungsi kaki mereka terjejas. "Sebab itulah, mereka terus memilih untuk hidup dalam ketidakselesaan atau membiarkan diri dalam kesakitan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran butik kasut terkemuka, di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini. Menurut Reyneker, sebilangan orang tidak menghidap penyakit yang serius, tetapi mereka berasa tidak selesa setiap kali berjalan atau berdiri terlalu lama.
Malah, pada masa yang sama, tidak kurang yang merungut kerana gagal mendapat kasut yang sesuai dengan pelbagai alasan. Sehubungan itu, selain rawatan perubatan, hanya kasut yang dilengkapi dengan alat sokongan dan kusyen yang sesuai dapat membantu merawat masalah kaki.
ANTARA JENIS MASALAH KAKI:
- Rengsa pada otot-otot labu betis kaki
Individu yang menderita masalah ini biasanya mengadu rasa sakit teramat sangat apabila mereka mula memijak lantai selepas bangun tidur. Atau, beberapa langkah pertama selepas duduk dalam jangka masa yang lama. Rasa sakit ini berkurangan apabila melakukan aktiviti. Otot-otot labu betis terletak pada bahagian belakang kaki hingga ke tumit. Masalah ini boleh menjadi semakin serius dengan pelbagai aktiviti yang menyebabkan tekanan pada tendon. Biasanya ia dihadapi oleh atlet terutama pelari jarak jauh. Antara sebab berlakunya masalah ini ialah pemilihan kasut yang salah, kecederaan pada tendon dan kecacatan tulang tumit.
- Bunion
Bengkak pada sendi antara ibu jari kaki dan tulang metatarsal pertama. Benjolan yang timbul ini menyebabkan ibu jari kaki tertolak ke jari kaki yang lain. Bagaimanapun, masalah yang paling kerap dialami oleh hampir kebanyakan wanita ini disebabkan pemakaian kasut yang ketat. Selain itu, ia juga disebabkan radang sendi dan kelainan pada fungsi kaki. Antara gejalanya ialah radang, pembengkakan dan kesakitan pada sisi permukaan ibu jari.
- Kematu
Pembentukan sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki. Ia berlaku sebagai satu tindak balas bagi melindungi kaki akibat tekanan yang berlebihan dan geselan. Kematu, biasanya terbentuk pada tumit, benjolan tapak kaki atau bahagian bawah ibu jari kaki. Masalah ini biasanya disebabkan pemakaian kasut bertumit tinggi, kasut terlalu kecil, obesiti dan cara seseorang itu berjalan. Selain itu, tapak kaki yang rata, atau lengkungan tapak kaki terlalu dalam dan kehilangan lemak-lemak pada bawah tapak kaki juga punca seseorang itu menghidap kematu.
- Belulang
Seperti kematu, belulang terjadi akibat pengumpulan sel-sel kulit mati pada kaki. Ia akan menebal dan lama-kelamaan menjadi keras. Ia terbentuk pada bahagian atas sisi dan hujung jari. Amat menyakitkan dan boleh menjadi radang jika ia sering tergesel dengan kasut yang dipakai. Belulang disebabkan oleh pemakaian kasut yang ketat, kasut tumit tinggi, sarung kaki dan stoking yang terlalu ketat atau kecacatan pada jari kaki.
- Tapak kaki rata
Ia merupakan masalah biomekanikal yang berlaku semasa seseorang berjalan. Pergerakan semasa berjalan boleh menyebabkan tekanan yang ekstrem atau radang pada tapak kaki. Mereka yang mengalami masalah ini tidak merasai ketidakselesaannya pada masa yang sama atau langsung tidak merasainya. Tetapi, apabila gejalanya mula timbul dan rasa sakit, cara berjalannya pelik.
- Sakit tumit
Gejalanya dialami pada awal pagi atau selepas berehat dalam jangka masa yang lama.Ia juga antara masalah yang paling kerap ditemui. Ini kerana seluruh berat badan terpaksa diampu pada tumit. Lama-kelamaan, keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tersebut dan ketidakselesaan yang amat sangat. Dua jenis masalah tumit ini ialah, sindrom sakit tumit dan plantar fasciitis. Sindrom sakit tumit berpunca daripada tumit kasut yang terlalu rendah, pelapik pada tumit kasut yang rosak atau peningkatan aktiviti secara tiba-tiba. Manakala, plantar fasciitis disebabkan oleh tapak kaki rata. Apabila ia rata, kaki akan meregang dan menyebabkan timbulnya rasa sakit pada tapak kaki dan lengkungan tapak kaki.
- Metatarsalgia
Kesakitan nyeri yang dirasai pada tulang-tulang metatarsal iaitu pada bahagian bawah tapak kaki berhampiran jari kaki. Masalah yang juga paling kerap ditemui ini boleh menjejaskan sendi-sendi dan tulang-tulang pada bahagian tersebut. Kasut yang tidak sesuai atau kasut yang ketat menyebabkan bahagian ini tertekan. Ia menyebabkan seseorang tidak boleh berjalan dengan normal. Sekali gus, menyebabkan kesukaran ketika berjalan kerana rasa tidak selesa pada bahagian tersebut.Selain itu,pemakaian kasut tumit terlalu tinggi, atau mereka yang menyertai aktiviti lasak tanpa menggunakan kasut yang sesuai juga boleh menekan bahagian ini. Peningkatan usia yang menyebabkan lapisan lemak pada bahagian tapak kaki menipis, juga menyebabkan kita lebih mudah rasa sakit pada bahagian tersebut.
- Plantar fasciitis
Radang yang disebabkan regangan pada bahagian bawah tapak kaki. Regangan secara keterlaluan, menyebabkan rasa sakit pada tumit, lengkungan tapak kaki dan tumit.
Biasanya, regangan yang boleh menyebabkan radang dan rasa tidak selesa ini berlaku kerana:
- Tapak kaki rata
- Lengkungan tengah tapak kaki yang dalam
- Peningkatan aktiviti fizikal secara tiba-tiba
- Kehamilan atau berat badan berlebihan hingga membebankan kaki
- Pemakaian kasut yang tidak begitu sesuai.
sumber : Utusan Malaysia.
Friday, August 20, 2010
Khutbah Terakhir Rasulullah SAW
Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.)

Wednesday, August 18, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)