Tuesday, March 30, 2010

9 Jenis Syaitan

Salam,
Sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka. Sampaikan kepada sekelian Muslimin / muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat, Insya’Allah .

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada
Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Mudah-mudahan menjadi panduan.....insya allah...

Saturday, March 27, 2010

idccu return

Kini aku kembali setelah lama menyepikan diri kerana terputus talian streamyx. Bukan tidak berminat lagi untuk berblog tetapi kerana keadaan yang memaksa. Setelah berpindah menetap di kediaman sendiri (yang dibiayai oleh bank)aku tidak begitu aktif melayari internet walaupaun aku masih ada alternatif iaitu aku boleh berkunjung ke CC, namun itu melibatkan pengorbanan masa dan RM, maklumlah aku bukan orang yang "beruang", pendapatan yang ada sekadar cukup untuk menyara hidup sehingga hari gaji yang akan datang. Untuk bermewah-mewah jauh sekali tetapi kehidupan aku tidaklah sesusah orang yang selalu dipaparkan dalan slot "Bersamamu".
"Bersyukur dengan apa yang ada"! suatu ungkapan yang popular dikalangan teman sekerja. Itulah pegangan yang yang menjadi pedoman, lagipun aku selalu mengamalkan kesederhanaan dalam apa jua.......
Semoga return ini akan berterusan... insya allah....
Kepada Maizan di Shah Alam, seorang follower yang setia sebelum ini, semoga tak jemu untuk singgah diblog yang tidak seberapa ini.....

Sekian, aku mau pulang.......

Friday, March 26, 2010

Sate Jabi (Lokasi : Kg. Jabi - Jalan Jerteh ke Kuala Terengganu)

Kak mah Sate - hanya menghidangkan sate dan minuman.

Lihatlah deretan sate yang sedang dibakar, ini menunjukkan order yang banyak terhadap menu ini. Saiz satenya pun boleh tahan jugak, pendek kata kalau tak singgah rugi oooo.....

Kolam Air Panas Kg. La Besut Terengganu. (La Hot Spring)





Penginapan untuk orangramai

Permandangan hadapan kawasan kolam air panas.

Berkebetulan..... semasa kunjungan aku tempohari terdapat sebuah bas dari ILP KB yang membawa peserta perkemahan.

Kemudahan gerai makan juga terdapat disini.

Pelampung, boleh digunakan untuk bermandi-manda.

Kemudahan surau untuk mendirikan kewajipan yang lima.

Pondok terbuka, tempat berteduh dan juga berehat.

Banyak pilihan...pondok mana yang menjadi idaman....

Tebing sungai yang diubah-suaiagar kelihatan lebih menarik dan unik.

Aliran air panas ke dalam sungai berhampiran, disinilah yang menjadi tumpuan kerana pertemuan air panas dan sejuk.

Kerusi dan meja batu untuk lepak, berborak dan menikmati hidangan.

Tangga, laluan untuk melintasi sungai.

Titi laluan menyeberang sungai untuk ke kolam utama.

Kolam tinggal, mungkin dalam proses renovasi.

Jambatan kedua sebelum sampai ke kolam air panas sebenar.

Batu informasi La Hot Spring.

Kolam air panas kedua

Kolam air panas utama.

Punca air panas, anda dapat perhatikan asap yang berkepulan, ini memberitahu tahap kepanasan air tersebut.

Seorang 'insan' sedang berjinak-jinak untuk memasuki kolam utama.

'Insan' tersebut sudahpun menyelam dan membasahi dirinya dengan air panas tersebut. Kelihatan insan tersebut menggelupur, mungkin kepanasan agaknya. Lebih daripada 10 minit masa diambil untuk menyesuaikan diri secara total dalam kolam ini.

Wednesday, February 24, 2010

Mohd. Khairi Affendi (1991-2010)


Khairi seorang anak muda, anak kepada abang pupu aku Affendi atau lebih aku kenali dengan nama Abang Fadi telah kembali ke rahmatullah pada usia 19 tahun kerana kemalangan jalanraya. Dikhabarkan beliau mengalami kecederaan parah pada tengkuk, kepala dan 'internal blooding'. Apa yang boleh dibuat, hanya sekadar merestuinya walaupun begitu perit, walaupun pahit, walaupun berat, bebanan harus digalas.
Begitulah ujian, cabaran dan rintangan yang dilalui oleh Abang Fadi sekeluarga.

Isterinya, Kak Ain (Nurfarahin - seorang muallaf) begitu tabah walaupun agak sukar menerima hakikat yang anak yang dikandungnya selama 9 bulan dan hanya pada usia 19 tahun telah pergi buat selamanya. Harapannya untuk melihat anaknya itu berjaya dalan hidup sudah hilang tanpa diduga. Kini yang tinggal anaknya sulungnya Khairul dan 2 orang adik perempuannya.

Semoga Khairi ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman...al fatihah..

Monday, February 22, 2010

Aminulhafiz's Wedding Day, Location : Felda Tenang Besut Terengganu.

Ketibaan Raja sehari diperkarangan rumah pengantin lelaki.

Disebabkan hujan yang merenyai pada waktu itu, mempelai begitu berhati-hati....

Keceriaan terpancar.....

Sebahagian anggota rombongan pihak pengantin perempuan.

Mengabadikan kenangan saat bersejarah di ruang hadapan rumah pengantin lelaki.

Raja sehari di singgahsana.

Zooming......

Rakan taulan tidak ketinggalan untuk merakam di hari bahagia ini....

Mungkin keletihan agaknya, maklumlah setelah malalui perjalanan yang jauh, nun mai dari aloq staq....

Disebelah malam, makan kek beramai-ramai (kualiti gambar kurang memuaskan)

Mamat Farobi.....

Sekejap saja kek sudah hampir habis.

Abang Adam kelihatan letih setelah bertungkus lumus membantu kelancaran walimatul urus Amin.

Abang Zaki sedang menjamah kek perkahwinan.

Upacara membuka hadiah bermula....

Tak banyak hadiah yang diterima pada hari itu, mungkin

Antara hadiah yang diterima.

Gelagat Farobi......

Kak Anum begitu ceria setelah anak sulungnya selamat bernikah dan kenduri pun telah selamat disempurnakan, segala kegelisahan dan kerisauan sebelum ini telah berakhir.