Wednesday, September 30, 2009

Sellulit (cellulite)


Sellulit (cellulite) merupakan garis-garis kulit pecah yang selalu terdapat pada bahagian bontot dan peha. Ia disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga turut membuatkan pengaliran darah menjadi kurang effisien. Seseorang itu tidak perlu gemuk untuk mendapat sellulit tetapi kerap dikaitkan dengan masalah kekurangan air, tiada senaman, sembelit, stress, keadaan tercemar, keletihan, pemakanan yang tidak betul dan kandungan estrogen yang tinggi.

Oleh itu untuk mengelakkan selulit, perlukan pembersihan sistem badan dan bukannya menguruskan badan.

Monday, September 28, 2009

Sempena Hari Jantung Sedunia.

Mukaddimah
Hari ahad minggu ke3 setiap September diwartakan sebagai Hari Jantung Sedunia, untuk tahun ini 2009, 200909 adalah tarikh yang tepat berdasarkan ahad minggu ketiga, sungguhpun begitu ada juga pendapat mengatakan 26 September, disamping itu ada juga yang mewar-warkan 3 Oktober adalah tarikh sambutan, namun begitu tak kisah bila tarikhnya, yang penting kesihatan jantung perlu dijaga demi untuk mengecapi hidup yang sihat dan bahagia.

Penyakit jantung adalah penyumbang utama kematian manusia didunia, mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bahawa penyakit kardiovaskular terutama Penyakit Jantung Iskemia dan Angin Ahmar (Stroke) dengan setiap satu daripada tiga kematian adalah disebabkan olehnya. Adalah dianggarkan ia menyumbang kepada 17 juta kematian setahun iaitu 20 kali lebih tinggi daripada kematian yang disebabkan oleh peperangan dan keganasan.

Antara kes-kes kematian berkaitan penyakit jantung adalah kematian Raja Pop Dunia Michael Jackson, kes domestik adalah kematian mengejut vokalis Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim dan yang terbaru pada Aidilfitri baru-baru ini aku kehilangan seorang sahabat sekerja suatu ketika dulu pada usia 45 tahun disebabkan juga masalah jantung. Begitulah bertapa dekatnya, bertapa sinonimnya penyakit ini dengan manusia zaman moden ini.

Kenali Jantung Anda.
Jantung bebentuk seperti buah pear. Berat jantung adalah antara 350 gram hingga 450 gram bagi orang dewasa.

Ia berdenyut lebih kurang 70 kali dalam 1 minit, bermakna dalam 1 jam ia akan berdenyut 4,200 kali, dlam 1 hari 100,800 kali dan dalam 1 tahun akan berdenyut 36,792,000 kali, Jika umur manusia 60 tahun bermakna jantung yang " Ajaib " ini akan berdenyut 20,207,000,00 kali tanpa berhenti.
Jantung manusia akan megepam 22,00 gelen darah setiap hari, bermakna ia akan mengepam 8,030,000 gelen dalan setahun, dan 481,800,000 gelen dalam pertengahan umur 60 tahun iaitu menyamai 345,000 tan.

Jantung bekerja secara automatik melalui kumpulan sel yang istimewa, jantung mempunyai perentak jantung yang natural yang akan mengawal denyutan jantung.

Beberapa sel otot yang istimewa bertindak sebagai jalur seperti sirkuit elektrik.
Signal daripada perentak jantung dialirkan ke otot jantung secara teratur.

Injap jantung memisahkan berbagai laluan dan pembuluh darah yang besar. Dia bertindak seperti "pintu" yang membantu darah untuk mengalir hanya ke satu arah. Terdapat empat injap dalam organ jantung yang normal.

Arteri koronari adalah pembuluh darah yang istimewa yang menjalar di permukaan jantung. Arteri ini menyediakan darah yang kaya akan nutrien kepada otot jantung yang bekerja keras. Penyempitan atau halangan pada arteri ini akan menyebabkan serangan jantung dan penyakit arteri koronari.

Apa itu Penyakit Jantung
Penyakit jantung merupakan satu keadaan yang menjejaskan otot-otot jantung (miokardium) dan saluran-saluran darah dalam jantung (arteri koronari). Punca penyakit jantung yang paling lazim adalah penyempitan arteri koronari iaitu satu proses yang dikenali sebagai Aterosklerosis.

Aterosklerosis bermula apabila lapisan bahagian dalam arteri koronari telah rosak atau cedera akibat bermacam- macam faktor termasuk merokok, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan sesetengah penyakit seperti diabetes.

Kolesterol dan bahan-bahan lain akan berkumpul dalam dinding arteri untuk membentuk plak. Semakin lama, semakin banyak plak yang akan terbentuk. Akhirnya, plak ini akan menyempitkan ruang dalam arteri, menghalang bekalan darah serta mungkin akan pecah untuk membentuk darah beku.

Jika darah beku menghalang pengaliran darah ke jantung anda, maka anda akan mendapat serangan jantung; jika ia menghalang pengaliran darah ke otak anda, maka anda akan mendapat strok.

Kehadiran plak sahaja, walaupun jika ia tidak pecah, masih boleh membahayakan. Plak akan menyempitkan saluran darah dengan teruk hingga anda akan mempunyai simptom-simptom penyakit koronari jantung (CAD) seperti angina (sakit dada).

Jika tidak dirawat dengan betul, anda mungkin akan mendapat serangan jantung atau kegagalan jantung kongestif (kegagalan jantung).

Punca Penyakit Jantung
Risiko untuk anda menghidap penyakit jantung adalah tinggi terutama sekali jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung atau anda sudah berusia lanjut.

Jantina turut merupakan faktor: lazimnya, kaum lelaki akan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung manakala risiko bagi wanita pula akan meningkat tinggi selepas menopaus. Malangnya, anda tidak boleh mengubah faktor-faktor risiko ini.

Di sini terdapat beberapa faktor risiko yang masih boleh anda ubah: merokok, gaya hidup tidak aktif (sedentari), tabiat makan yang tidak sihat, tekanan dan berat badan yang berlebihan atau obes.

Tanda-tanda Serangan Jantung
Tidak semua serangan jantung akan berlaku secara mengejut dan sangat menyakitkan.
Sesetengahnya bermula dengan sangat perlahan serta kurang menyakitkan atau hanya rasa kurang selesa hingga ramai yang tidak sedar bahawa mereka sedang mengalaminya dan ini menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Berikut adalah simptom-simptom majoriti yang menandakan anda sedang mengalami serangan jantung:
- Tekanan yang tidak selesa, rasa sesak, penuh atau sakit di bahagian dada yang berlanjutan selama lebih daripada beberapa minit, atau sakit yang hilang dan datang semula.
- Sakit atau ketidakselesaan pada bahagian- bahagian lain di bahagian atas badan.
- Pendek nafas dengan atau tanpa rasa ketidakselesaan pada bahagian dada.
- Berpeluh sejuk, rasa loya atau pitam.

Gejala dan Tanda Amaran Serangan Jantung
Satu daripada tanda amaran adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA) - iaitu satu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.

TIA adalah serupa seperti strok tetapi ia hanya berlaku untuk jangka masa yang lebih pendek sebelum terus hilang dengan tidak meninggalkan sebarang kesan kekal yang ketara.

TIA menandakan satu serangan strok yang betul mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Jika anda mempunyai satu atau lebih daripada simptom-simptom berikut, maka anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan:
- Rasa kebas atau lemah secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan
- Kesukaran untuk bertutur atau memahami pertuturan, gagap
- Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba
- Kesukaran untuk berjalan, rasa pening, hilang keseimbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
- Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab
- Masalah ingatan atau kekeliruan

Bagaimana Mencegah Penyakit berkaitan Jantung.
1- Apakah sejarah keluarga anda?
Ketahui sejarah perubatan keluarga anda dan beritahu doktor anda tentang sebarang risiko-risiko keturunan.
Jika salah seorang daripada datuk nenek, ibu bapa atau adik-beradik anda pernah mengalami penyakit jantung sebelum berusia 55 tahun, maka anda turut cenderung untuk turut mendapatnya.
Mengetahui maklumat sedemikian akan membantu anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mencegahnya daripada berlaku.

2- Di meja makan
Makan diet yang seimbang yang terdiri daripada buah- buahan, sayur- sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak. Amalkan masa makan yang tetap pada setiap hari dan elakkan dari terlebih makan.
Kesemua lemak mempunyai kalori yang tinggi dan akan meletakkan anda berisiko untuk mendapat kolesterol darah tinggi, jadi anda perlu mengehadkan pengambilannya. Jika anda mesti mengambil lemak, maka pilihlah lemak-lemak tidak tepu. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu, asid lemak trans dan kolesterol.

3- Serat larut: senjata rahsia anda
Serat larut (terutama sekali beta-glukan) adalah karbohidrat kompleks yang sangat bermanfaat terutama sekali untuk kesihatan jantung. Ia telah terbukti secara klinikal akan menurunkan kolesterol darah dengan menggabungkan asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam saluran pencernaan anda.

Mereka kemudiannya akan dikeluarkan bersama bahan buangan badan anda dan ini bermakna kolesterol akan diserap dengan lebih sedikit ke dalam aliran darah anda. Ini akan membawa kepada paras kolesterol darah yang lebih rendah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
Oleh kerana serat larut (seperti beta-glukan) merupakan makanan rendah GI (Indeks Glisemik), maka ia juga berkesan untuk menstabilkan paras glukosa darah anda.

Ini dilakukan dengan memperlahankan pencernaan serta penyerapan agar glukosa (gula) akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki aliran darah anda. Ini akan mengelakkan paras glukosa darah naik secara mendadak.

Oleh yang demikian, memasukkan lebih banyak serat larut serta makanan karbohidrat rendah GI ke dalam makanan seharian anda adalah suatu langkah yang bijak. Sesetengah contoh makanan rendah GI termasuklah barli, beras perang, muesli dan roti rendah GI yang telah dirumus khas.

4- Mengawal tekanan darah
Tahukah anda bahawa hanya enam daripada setiap 100 rakyat Malaysia dapat mengawal tekanan darah mereka? Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang daripada 94 orang tersebut! Periksa tekanan darah anda sekurang- kurangnya dua kali setahun dan pastikan anda mengekalkannya pada paras yang rendah (130/80 mmHg atau lebih rendah) tanpa mengira usia anda.

5- Awasi berat badan anda
Lakukan senaman selama sekurang- kurangnya 45 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu (atau lebih baik lagi, lakukannya pada setiap hari).

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, maka anda perlu lebih kerap melakukan senaman (dan dalam tempoh yang lebih lama) untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.

Secara amnya, anda perlu mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada lebih kurang 18-23 kg/m2. Bagi orang Asia, ukur lilit pinggang yang kurang dari 90sm bagi lelaki dan kurang dari 80sm bagi wanita adalah ideal.

6- Berhenti merokok
Tembakau dalam rokok akan mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit serta mengurangkan bekalan darah ke jantung dan organ-organ penting anda yang lain. Jadi, jika anda merokok, hentikannya sekarang demi kebaikan jantung anda.

7- Jangan lupa berjumpa doktor!
Dan akhir sekali, jangan terlepas daripada menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan anda. Pemeriksaan yang kerap akan dapat mengesan serta merawat kes-kes awal penyakit jantung dan diabetes.

Semoga saya dan anda lebih berhati-hati, mengamalkan cara hidup sihat dan positif dalam pengambilan makanan dan mengamalkan senaman selepas ini untuk merealisasikan kesihatan jantung, seterusnya tidak menyumbang kepada statistik kematian awal disebabkan peyakit berkaitan jantung.

Sekian Terima Kasih
Sumber : Pelbagai sumber dari Internet.

Thursday, September 24, 2009

Majlis Pertunangan Fakaruddin Sulaiman (Kun)

Semalam 23hb.(hari raya ke tiga) aku ke Kuala Kedah mengikuti rombongan meminang anak saudaraku Kun.

Rombongan pihak lelaki setibanya diperkarangan rumah pihak perempuan.

Rombongan bergambar dengan buah tangan sebagai kenangan.

'Buah tangan" pihak lelaki dari dekat.

Tepak Sirih

Cincin pertunangan barangkali!!..

"Buah tangan" berbentuk buah-buahan juga tidak ketinggalan.

Jurucakap pihak perempuan.

Antara rombongan pihak lelaki

Majlis perbincangan sedang berlangsung.

Ibu kepada tunang Kun.

Tunang Kun begitu anggun dihari pertunangnnya, hari yang paling bahagia buatnya..

Nenek Kun sedang menyarungkan cincin pertunangan ke jari bakal cucu menantunya.

Tuesday, September 22, 2009

Syawal 1430H

Last 'breakfast', Selamat tinggal Ramadhan 1430H

Suasana yang jarang dapat dinikmati selalu...

Welcome Syawal....sebulan berpuasa kini tiba saat bergembira...

Kedatangan Syawal 1430H terus dinikmati.

Di era teknologi canggih kini,

Kenangan diabadikan.....

Pagi Syawal yang bahagia,

Si kecil dengan sampul-sampul yang ada 'harga'

Yang dewasa berbual mesra, khabar ditanya setelah lama tak bersua..

Ada juga yang menjamu selera kuih atau biskut raya...

atau dengan juadah yang biasa...

Kita berbangga menjadi sebahagian warga 1 Malaysia.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Menyambut Syawal.

Menjelang Syawal.




Semalam menjelang 1 Syawal aku begitu ghairah untuk pulang ke kampong untuk berbuka bersama ahli keluarga yang balik dari jauh, namun sebelum sampai pekan Batu Kurau aku dapati jalan "jam" panjang, setelah dikenal pasti air telah membanjiri kawasan rendah dilaluan aku ke kampong berhampiran Pekan Batu Kurau. Tiada pilihan lain, aku terpaksa berpatah balik dan terkubur hasratku untuk berbuka bersama ahli keluarga yang lain.

Yang menjadi persoalan aku, banjir ini bukan kali pertama, suatu ketika dulu di lokasi yang sama dinaiki air selepas hujan lebat, aku terkandas, ketika itu musim perayaan Aidilfitri juga kalau tak silap.

Tidakkah pihak yang berkenaan dan pihak yang berwajib memantau dan mengambil tindakan kerana ini adalah kemudahan untuk rakyat 1 Malaysia yang sepatutnya didahulukan.

Semoga masalah ini dapat diatasi dan seterusnya tiada lagi orang terkandas dan terpaksa mengubah jadual yang sudah disusun atur sejak awal-awal lagi.

Saturday, September 19, 2009

Hadis-hadis Ramadhan 10

Dari Ibnu Omar r.a. katanya :
" Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya membayar zakat fitrah sebelum orang ramai pergi solat Aidil Fitri." (Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Apabila kamu telah melihat anak bulan terbit maka berpuasalah, dan bila kamu telah melihatnya terbit kembali maka berbukalah. Jika bulan itu tertutup daripada pandanganmu maka puasalah 30 hari." (Sahih Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Barangsiapa menunaikannya sebelum solat Aid, itulah zakat fitrah yang diterimanya jika menunaikannya sesudah solat Aid, maka ia adalah satu sedekah dan beberapa sedekah sunat." (Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah)

Dari Abi Ayub Al-Ansari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan berpuasa selama enam hari dibulan Syawal nescaya ia adalah seperti pahala puasa setahun." (Sahih Bukhari, Abu Daud & Tarmizi)

Friday, September 18, 2009

Hadis-hadis Ramadhan 9

Dari Salim dari bapanya r.a. katanya :
" Seorang lelaki yang telah bermimpi bahawa malam lailatulqadar terdapat pada malam 27 Ramadhan." Maka bersabda nabi s.a.w. : " Aku juga bermimpi seperti mu iaitu pada sepuluh malam yang akhir. Kerana itu carilah dia pada malam-malam yang ganjil." (Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barangsiapa menghidupkan malam lailatulqadar dan berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kerana mencari keredhaan Allah nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
" Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. pergi ke Mekah dalam bulan Ramadhan dan sedangkan beliau berpuasa. Ketika sampai di Khandid beliau berbuka dan berbukalah orang banyak." kata Abu Abdullah (Bukhari). Khandid iaitu air yang berada diantara Usfan dan Qudaid." (Sahih Bukhari)

Wednesday, September 16, 2009

Rebut peluang pengampunan di malam Lailatul Qadar, Dato' Dr Haron Din

Tazkirah Ramadan | Ramadan adalah bulan yang terbaik, penghulu segala bulan yang sama dengan hari Jumaat, penghulu segala hari. Iklan

Ia merupakan anugerah Allah kepada insan muslim agar mengambil kesempatan daripada kedatangan Ramadan dengan memperbanyakkan kerja taat kepada Allah untuk memperolehi anugerah tambahan-Nya atau bonus agung-Nya dengan menjanjikan Lailatul Qadar yang biasanya akan jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir.

Mungkin inilah yang disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadis yang bermaksud: Alangkah hairannya, bagi orang yang dianugerahkan umur sehingga selesai satu Ramadan tiba-tiba ia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.

keampunan itu merupakan satu anugerah yang dijanjikan kepada orang yang benar-benar menjadikan Ramadan sebagai bulan ibadah khusus kerana Allah. Di samping mengharapkan keampunan.

Nabi juga pernah sebut dalam hadis: "sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya."

Lebih khusus daripada itu, kita lihat kepada tarbiyah yang ditarbiyah Rasulullah kepada umatnya menerusi satu hadis sahih.

Daripada Aishah r.a dengan pesannya,"wahai Aishah, sekiranya kamu ditemukan Allah dengan malam Qadar, maka perbanyakkan doa memohon kepada Allah yang ditentukan perkara yang hendak dicapai dalam doa itu ialah : Ya Allah ! Kamulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Ampunkanlah dosa saya."

Tarbiyah yang dimaksudkan itu dengan meletakkan pengharapan yang begitu tinggi, agar kesalahan, ketelanjuran atau kesengajaan, Allah akan terima pengampunannya pada 10 malam akhir Ramadan, akan diampunkan dosa.

Jelas kelihatan bahawa yang amat perlu dipohon kepada Allah ialah penghapusan dosa dan bukan kemanfatan duniawi seperti memohon kekayaan, kemenangan menghadapi musuh, kehebatan dalam kerjaya atau apa sahaja yang namanya hambatan dunia. Semuanya itu tidak penting berbanding dengan keampunan dosa.

Kerana jika diamati akan ternampak kehebatan pencapaian manusia dalam kehidupan ini bukannya kejayaan bersifat sementara.Kehebatan yang agak sementara, akan tetapi kehebatan Allah dengan penghapusan dosa adalah suatu impian dan pencapaian yang begitu tinggi kerana itulah maka fokus utama setiap muslim ialah hari-hari akhir 10 malam ini.

Menjadi satu fokus ke arah meletakkan nilai diri insan yang semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Sekiranya matlamat keredaan Allah itu sudah dicapai, maka tercapailah kemuncak daripada tujuan sebenar manusia ini diciptakan Allah yang akhirnya kepada Allah sahaja tumpuan hidup semua makhluk bagi mendapat reda Allah.

Janji-janji Allah pada hamba-Nya

Ramadan juga merupakan bulan muhasabah untuk kita melihat sekadar mana daya juang kita dalam menangani cabaran penghidupan khususnya cabaran untuk menanggung dan menyempurnakan amanah Allah yang telah dipikulkan ke atas mereka suatu tugas untuk martabatkan agama Allah melainkan dengan usaha berterusan mengharungi suatu perjuangan menentang segala halangan bagi meletakkan kegemilangan Islam di tengah penghidupan yang semakin mencabar.

Lebih-lebih lagi di hari-hari yang sedang kita lalui ini. Di mana umat Islam seolah-olah dijadikan mangsa kepada kegelojohan musuh-musuh Islam yang dari dulu mencari peluang untuk mengganyang umat Islam.

Suasana akhir-akhir ini, selepas tragedi 11 September 2001 seolah-olah menghalalkan untuk mengambil apa sahaja tindakan ke arah pengganyang umat ini dan sekaligus hendak membenarkan Islam itu dari terus wujud di maya pada ini.

Tetapi yakinilah wahai saudara yang seagama denganku bahawa Allah telah menjanjikan suatu 'madah' yang akan menjadi perangsang untuk pejuang-pejuang Islam khasnya di akhir-akhir Ramadan dengan ayat Allah yang bermaksud : "mereka itu musuh-musuh kamu hendak menghapuskan cahaya Allah, agama Islam dengan pelbagai usaha mereka tetapi Allah tidak membiarkan mereka berbuat demikian, dan Dia (Allah) akan menyempurnakan agama kamu dan memenangkan meskipun dibenci oleh orang-orang musyrikin."

Janji-janji seperti ini jelas diterangkan dalam al-quran seperti dalam surah Annur ayat 55 yang mafhumnya : " Allah berjanji dengan kamu yang beriman denganNya. akan diangkat mereka menjadi khalifah (pemerintah) seperti mana Allah telah mengangkat angkatan-angkatan sebelum daripada angkatanmu pemerintah bumi Allah dan pada ketika itu segala perkara huru hara yang berlaku akan digantikan dengan keamanan yang sebenar. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutuiNya. Dan sesiapa yang tidak percaya dengan janji sedemikian itu, mereka itu ialah orang-orang yang fasiq."

Oleh itu, maka Ramadan yang bakal tinggalkan kita ini amat berguna lagi kalau diisinya dengan pengorbanan harta benda bagi membantu perjuangan sebagaimana lambang kewajipan fitrah yang diwajibkan kepada setiap individu yang hidup sepanjang Ramadan hingga mencecah menemui awal Syawal.

Pun demikian keseluruhan umat Islam mengeluarkan kewajipan fitrah mereka pada beberapa hari terakhir Ramadan. Hampir berlaku orang yang semata-mata sengaja tidak tunggu kedatangan syawal barulah hendak menunaikan kewajipan zakat fitrah.

Amalan mengawali membayar zakat fitrah adalah petunjuk kepada wujudnya ibadah 'maliyyah' walaupun sedikit tetapi seboleh-bolehnya pengorbanan harta ini dibuat sebanyak yang mungkin bagi mengejar ganjaran yang sebanyak mungkin, lebih-lebih lagi jika sekiranya pengorbanan harta itu dilakukan pada malam Qadar atau setidak-tidaknya berlaku dalam bulan Ramadan.

Maka semuanya itu menyaksikan kita tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang cukup beruntung memanafaatkan kedatangan Ramadan dengan amal-amal yang berguna untuk diri kita khususnya di saat kita menemui Allah di hari akhirat nanti. _

Tuesday, September 15, 2009

Hadis-hadis Ramadhan 8

Dari Amru bin Ash r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda :
" Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab (Yahudi & Nasrani)ialah makan sahur." (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. apabila telah masuk sepuluh hari yang terakhir Ramadhan, maka beliau menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan amal ibadat dan membangunkan ahlinya serta mengemaskan ikat pinggangnya (menjauhkan dari mendekati isterinya)." (muttafaq 'alaih)

Dari Aisyah r.a. katanya :
"Sesungguhnya Nabi s.a.w. i'ktikaf pada tiap-tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan sehingga beliau wafat. Kemudian para isteri beliau meneruskan i'ktikaf seperti itu." (Sahih Muslim)