Thursday, July 4, 2019

Majlis Jamuan Hari Raya TKPf2 2019

Jamuan yang diadakan pada hari Sabtu 290619. Aku tak dapat join. Photo ehsan dari Roslan Ahmad....semoga dizinkan...

Tuesday, May 1, 2018

Tema-tema Hari Pekerja dari Tahun 2006 hingga 2018



Hari ini 1hb. Mei 2018, Hari Pekerja, hari cuti umum bagi seluruh pekerja di Malaysia dan di dunia. Sempena cuti umum ini aku tak ke mana-mana, terlintas di hati untuk 'update' blog yang dah lama gersang. Terfikir untuk me'list'kan tema-tema hari pekerja yang telah berlalu.

Aku merasakan sebagai seorang pekerja sekurang-kurangnya perlu tahu tema-tema yang kita raikan setiap tahun.

Berikut adalah senarai tema hari pekerja semenjak tahun 2006 hingga tahun 2018.
1. 2006 - Pekerja Cemerlang Negara Terbilang
2. 2007 - Pekerja Produktif Negara Kompetitif
3. 2008 - Pekerja Inovatif Negara Kompetitif
4. 2009 - Kerana Mu Malaysia Maju
5. 2010 - Pekerja Berinovasi Pemacu Tranformasi
6. 2011 - Pekerja Merealisasi Tranformasi Negara
7. 2012 - Pekerja Berinovatif Penggerak  Tranformasi
8. 2013 - Pekerja Pemangkin Tranformasi Negara
9. 2014 - Pekerja Berinovasi Pemacu Tranformasi
10. 2015 - Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat
11. 2016 - Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi
12. 2017 - Pekerja Kreatif Pencetus Innovasi
13. 2018 - Pekerja Berkemahiran Pemangkin Kecemerlangan Negara

Semoga setiap kali menyambut Hari Pekerja kita dapat memikir dan mengenang  jasa pekerja untuk kemajuan diri dan negara.

Sekian Terima Kasih

Sunday, April 9, 2017

Monday, October 6, 2014

Program anjuran KRT dan JKP TKPf2 : Maulidurasul 2014

Antara program bagi tahun 2014 di Taman KPf2. Walaupun program ini telah berlangsung pada awal tahun namun baru sekarang aku berkesempatan untuk update dalam blog ini, sekurang-kuranganya ia dapat ku abadikan dalam blog ini untuk tatapan dan kenangan aku dan kawan-kawan pada masa akan datang.

Peringkat awal : Persediaan sebelum program bermula.

Kelihatan kaum hawa berehat selepas membuat persediaan makanan.

En. Roslan 'Chef' begitu sibuk, beliau adalah watak yang sentiasa komited terhadap apa juga program yang di buat oleh komuniti setempat.

Kelihatan En. Brahim, En. Ismail dan Cikgu Arawan sedang menggantung banner program.

En. Ismail juga kelihatan begitu sibuk.

Banner program anjuran KRT,JKP TKPf2.

Al Fadhil Ustaz Sayuti dan En. Ali sedang menjamu selera Bihun goreng setelah penat melakukan kerja-kerja infrasruktur program.

En. Amin atau Pak Njang seorang SU yang sangat tinggi komitmennya.

En. Ibrahim aka 'Panjang'- nama popular dikalangan kawan-kawan.

Walaupun program berlangsung hanya beberapa jam, kelengkapan audio menjadi syarat untuk memastikan kesempurnaan dalam penyampaian maklumat.

En. Abu Bakar bertindak sebagai Muazin pada hari tersebut.

Pok Nik dan Brahim sedang berbincang tentang fotografi program sambil diperhatikan oleh En. Sayuti 'Sprayer'.

Ust. Sayuti selaku ketua Biro Agama sedang berbincang sesuatu dengan Pak Njang, turut sama terlibat Cikgu Hasran dan diperhatikan oleh En. abu Bakar.

Cikgu Arawan, En. Roslan dan Tuan Haji Mazlan sedang menunggu program bermula.

En. Ismail seorang penjaga kewangan, juga seorang 'pakar dalam segala bidang' - serba boleh.

Cikgu Yusri - seorang Pengerusi yang proaktif dan kreatif, kelihatan Pak Yob dan tetamu jemputan.

Al Fadhil Ustaz sayuti sedang mengetuai majlis tahlil.

Cikgu Yusri selaku Pengerusi KRT sedang berucap.

Adik Saifullah anak kepada En. Roslan sedang menyampaikan bacaan ayat-ayat suci Al Quran.

Kumpulan Nasyid Al Aulad yang terdiri daripada anak-anak penduduk sedang menyampaikan alunan Nasyid, mereka dibimbing oleh Al Fadhil Ustaz Nazri.

Kemuncak progam - Kelihatan Ustaz Izafi sedang menyampaikan ceramahnya yang banyak berkisar tentang bahaya fahaman Syiah.Dalam penyampaian beliau juga menggunakan audio visual.

Antara kaum hawa yang hadir.

Para hadirin begitu tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz.

Al Fadhil Ustaz Izafi seorang Ustaz yang berkemahiran tinggi dalam menyampaikan ceramah ugama dan juga ceramah motivasi.

Program berakhir pada pukul 10.30 malam. Semoga memberi menafaat kepada semua.

Sunday, May 25, 2014

Madu Lebah : Khasiat dan Kegunaanya.


Apabila anda menyimpan sebotol madu dirumah anda seolah-olah anda telah mempunyai 'Peti Ubat'.
Untuk merealisasikan 'Peti Ubat' anda sila ikuti dan amalkan fakta dibawah yang bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi.

Sebagai Amalan Harian :
- ambil madu dihujung sudu dan dicampurkan dengan segelas air suam lalu dikacau mengikut arah lawan pusingan jam dan disertakan selawat keatas nabi 3 kali, al Fatihah dan ayat Kursi. Amalkan setiap hari sebelum menggosok gigi.

Demam Panas :
- minum 2 sudu madu lebahdicampur kuning telur, setengah biji limau nipis kacau hinggasebati dan minum pagi dan malam sebelum tidur.
- madu dicampur dengan susu panas dan hirisan lima biji bawang putih, minum sebelum tidur.

Demam Campak :
- minum air kelapa muda dicampur dengan 2 sudu madu.

Sakit Kerongkong :
- limau nipis, kunyiot dan madu. campurkan dan minum sedikit sedikit. Minum 2 kali sehari.

Selsema :
- campurkan madu dan halia

Sembelit :
- campurkan 1 sudu teh madu dan air panas. minum setiap pagi.
- madu dicampur denagn betik masak.

Benjol :
- tumbuk hingga lumat biji delima dan dicampurkandengan madu. Sapu ditempat benjol.

Terbakar :
- sapukan madu lebah ditempat terbakar.

Kudis :
- sapukan madu lebah ditempat yang berkudis dan gatal-gatal.

Melangsingkan Badan :
- ambil daun cekur yuang ditumbuk sehingga lumat, tapis dan ambil airnya lalu dicampur dengan madu. Amalakn meminumnya sebelum tidur.

Muka Berjerawat :
- minum madu yang dicampurkan dengan telur mentah, disapukan juga ditempat yang berjerawat. lakukan 2 kali sehari.

Kebahagian Suami Isteri :
- susu kuda dicampur dengan madu dan diberi minum pada wanita.

Darah Tinggi :
- segelas penuh mentimum yang dicampur dengan 1 sudu kecil madulebah dan 1 sudu limau nipis. Amalkam 2 kali sehari.

Kencing manis :
- menggunakan madu kedalam semua minuman menggantikan gula.

Jantung :
- minum madu yang dicapurkan dengan bawang putih, ia bertindak sebagai tonik.
- pati buah betik masak dicampur dengan madu.

Batu Karang :
- halia putih, halai merah, daun sireh masak, bara tempurung dan beras pulut. Goreng hingga hangus, giling hingga lumat dicampur dengan madu. Amalkan makan setiap pagi.

Athma :
- temu lawak, kunyit asam dan telur ayam kampung. Amalkan 2 hari sekali pagi dan malam.

Batuk :
- sebiji bawang besar dicincang diisi dalam gelas.Sediakan 1 gelas madu asli, bawang direndam dalam madu selam 3 jam. Ditapis dan diminum 1 sudu besar 3 kali sehari selepas makan.

Selamat mencuba semoga berjaya.