Sunday, October 21, 2012
Program Komuniti TKP : Majlis Sambutan Ramadhan Al-Mubarak 2012
Suatu ketetapan telah dibuat untuk menjayakan majlis berbuka puasa bagi komuniti Fasa 2 Semi-D Taman Kamunting Perdana, maka tarikh yang dipilih adalah 14/07/2012. Adapun tujuan majlis sebigini dirancang adalah untuk mengukuhkan silaturahim sesama penduduk, dimana kita semua sedia maklum bahawa pada hari-hari biasa masing-masing sibuk dengan komitmen pada keluarga dan kerjaya.
Pihak Jawatankuasa penduduk telah sepakat untuk mengadakan majlis sambutan kedatangan bulan Ramadhan. Perancangan yang rapi telah dirangka melalui beberapa mesyuarat dan perbincagan tidak formal. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hasil dari kerjasama, sumbangan samada peralatan, wang ringgit dan tenaga.
Semoga sumbagan itu akan mendapat pembalasan yang setimpal dari Ilahi. Disamping itu juga program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang demi kesejahteraan komuniti setempat. Kelihatan Tuan haji Din dan isteri begitu tekun menyediakan bahan masakan.
Monday, October 8, 2012
Cynometra Cauliflora (Buah Nam Nam)
Pokok Nam Nam
Buah katak puru? Kenapa namanya begitu? Begitulah gelaran yang dipanggil kepada buah nam-nam kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu.
Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur.
Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak. Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah katak puru.
Memang sedap jika dimakan bersama nasi yang masih panas. Malah, bukan itu sahaja, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan jus.
Buah nam nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.
Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan.
Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Ada juga yang menjadikannya ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh.
Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang.
Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja.
Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut.
Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur
Sumber : Wartawan Sinar Harian
Sunday, July 8, 2012
Hari Pengkebumian Zafrillah Basin.
Zafrillah seorang pemuda di kampong aku telah kembali kerahmatullah pada usia 35 tahun. Beliau menderita sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana dikatakan menghadapi penyakit barah hati. Semasa pemeriksaan doktor beliau disahkan menghadapi bengkakan pada hati.
Ketika beliau terlantar dihospital beberapa minggu yang lalu sempat aku melawatnya, aku terkejut melihat keadaannya kerana susuk tubuhnya yang kurus, ternayata beliau sakit kerana kelihatan lemah dan dan kesihatannya yang merosot teruk.
Pada 17/07/12 aku menerima panggilan yang memberitahu beliau sudah tiada lagi. Jenazah beliau selamat disemadikan di tanah perkuburan kampong aku pada hari ini jam lebih kurang pukul 11.30 pagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.... Al-Fatihah....
Ketika beliau terlantar dihospital beberapa minggu yang lalu sempat aku melawatnya, aku terkejut melihat keadaannya kerana susuk tubuhnya yang kurus, ternayata beliau sakit kerana kelihatan lemah dan dan kesihatannya yang merosot teruk.
Pada 17/07/12 aku menerima panggilan yang memberitahu beliau sudah tiada lagi. Jenazah beliau selamat disemadikan di tanah perkuburan kampong aku pada hari ini jam lebih kurang pukul 11.30 pagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.... Al-Fatihah....
Subscribe to:
Posts (Atom)