Wednesday, April 22, 2009

Kolam Memancing Che Gu Kg. Relang Batu Kurau Perak.

Posting editor pada 250309 yang lalu "banner" mengenai kolam memancing Che Gu, pada 120409 editor sekali lagi singgah di kolam ini. Kali ini saya terus meninjau "real situation" kolam tersebut.Terdetik juga untuk mencuba namun hajat asal adalah untuk membuat tinjauan sahaja, jadi saya tidak mahu "family" program pada hari tersebut terganggu,hanya lebih kurang 40 minit kami sekeluarga berada dikolam tersebut.

Suasana disitu begitu mendamaikan, kelihatan beberapa orang pemancing sedang mencuba nasib, kebetulan pada hari itu adalah hari terakhir pertandingan memancing ikan terberat yang menawarkan sebuah motorsikal Kristar terpakai yang bernilai RM2500.00.
Kemudahan yang disediakan termasuklah surau untuk bersolat.

Teringin juga menyaksikan pemancing merentap joran menumpaskan Patin yang ada dikolam tersebut, namun sepanjang saya berada disana, suasana itu tidak kelihatan, cuma seekor patin seberat lebih kurang 200gram dinaikkan nun dihujung kolam, saya hanya memerhati dari jauh. Insya Allah suatu hari nanti aku sekeluarga akan mencuba nasib disitu......




























Saturday, April 18, 2009

Untuk Renungan Bersama.

Semoga penulis asal cerita ini mendapat rahmat dari Allah s.w.t.
Bismillahirrahmanirrahim.Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi-TV 3(6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya:-"Ya,Rasulullah,sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku
menanggung kesakitan ini."Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.

Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH"

Thursday, April 16, 2009

Mee Udang Utara

Oleh NORAINON OTHMAN
BAGI penggemar udang, kunjungan ke Restoran Mee Udang D’ Tanjung di Sunway Batu Caves pasti membuka selera kerana kebanyakan menu berasaskan hidupan yang mempunyai keenakan rasa tersendiri itu.

Selain menu istimewanya Mi Udang yang dijadikan nama restoran dan digabungkan D’Tanjung membawa maksud di Pulau Pinang, masakan lain mengandungi hidupan laut bertubuh melentik itu ialah cucur udang, char kuetiau, nasi goreng istimewa D’Tanjung dan nasi goreng makanan laut.

Menggunakan udang laut yang dijamin kesegarannya, mi udang ini adalah air tangan Azimah Abdul Rahman, 52.

Pemilik restoran itu berkata, mi udang sememangnya popular di utara Semenanjung, terutama di kalangan masyarakat Cina Pulau Pinang.

Bagaimanapun, katanya, cara masakan mi udang di restorannya tidak sama dengan gaya masakan Cina iaitu kuah sup udang yang turut diletak sos cili.

“Mi Udang di sini dimasak mengikut selera Melayu menggunakan kuah seperti mi rebus tetapi tidak dibubuh daging kerana ada kaum bukan Melayu tidak makan daging. Antara bahan yang digunakan ialah stok udang dan udang laut segar.

“Bila sebut mi bandung, mi rebus atau mi Jawa, ramai mengetahuinya tetapi di Kuala Lumpur, masih ramai belum kenal mi udang, khususnya mereka yang bukan berasal dari utara. Jadi, pembukaan restoran ini adalah satu cara mempopularkan menu berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mi udang Sungai Dua antara yang terkenal di Utara seperti kehebatan mi bandung Muar atau sate Kajang, namun antara satu kedai dengan kedai lain, rasa masakan tidak sama kerana bergantung kepada resipi yang digunakan serta air tangan pembuatnya.

“Resipi ini saya peroleh daripada ibu (Datin Aishah Bakar, 73). Kalau balik ke Pulau Pinang dan berkumpul bersama keluarga, emak akan memasak resipi istimewa ini, terutama pada Aidilfitri,” katanya.

Harga semangkuk mi udang ialah RM6, manakala mi udang istimewa mengandungi lebih banyak udang ialah RM9.

Selain mi udang, Ayam Tok Dah antara resipi istimewa bagi lauk nasi campur di restoran itu. Masakan berkenaan adalah resipi ibu mentuanya yang popular dengan panggilan Tok Dah (sudah meninggal dunia) dan digemari ahli keluarganya.

Masakan berkenaan kelihatan seperti resipi tradisional masakan Melayu, rendang. Bagaimanapun, ia sebenarnya campuran bahan masakan kari dan rendang yang turut dienakkan dengan campuran kacang tanah, lengkuas dan serai.

Biasanya cucur udang dimakan dengan kuah sos sebagai pencicah, namun di restoran Mee Udang D’Tanjung, kuahnya adalah kuah kacang dan dilengkapi tauhu dan timun. Cucur udang dan mi udang disediakan untuk hidangan petang.

Restoran selera utara itu menyajikan nasi goreng istimewa D’Tanjung mengandungi tiga ekor udang goreng tepung, keropok ikan dan sos cili Siam.

“Bagi penggemar udang, mungkin timbul kebimbangan jika makan terlalu banyak hidupan laut itu, kolesterol dalam tubuh tinggi hingga menjejaskan kesihatan.

“Untuk itu, kami menawarkan air jus sihat yang dicipta sendiri bagi ‘memotong’ kolesterol akibat banyak makan udang. Jus ini dibuat daripada batang saderi, epal dan timun,” katanya.

Monday, April 13, 2009

Kemalangan di rumah

Kemalangan di rumah
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

LUKA, lebam dan melecur antara kecederaan yang paling kerap berlaku di rumah. Ramai panik dan tidak tahu apa perlu dilakukan apabila berlaku kemalangan, terutama jika ia membabitkan kanak-kanak dan menyebabkan banyak pendarahan.

Semua orang tahu dan sedar kepentingan aspek keselamatan tempat tinggal, tetapi berapa ramai antara kita mempunyai peti atau kit kecemasan di rumah?

Berapa ramai pula mempunyai pengetahuan atau pernah belajar teknik bantuan kecemasan, khususnya untuk kecederaan di rumah?

Kemalangan di rumah boleh berlaku kepada sesiapa saja walaupun risikonya lebih tinggi di kalangan kanak-kanak dan orang tua.

Antara jenis kecederaan yang paling banyak dirujukkan ke unit kecemasan hospital ialah luka, kecederaan mata dan kepala serta luka terbakar, kata Pegawai Perubatan Kanan Pusat Perubatan Tropicana, Dr Suraya Yahya.

Menurutnya, kemalangan di rumah dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

a. Luka
Perkara ini kerap terjadi pada kanak-kanak dan ramai ibu bapa panik apabila melihat anak mereka berdarah. Jangan risau, periksa dulu saiz luka anak. Jika kecil, segera letak anggota yang berdarah di bawah air paip dan siram hingga pendarahan berhenti. Ia juga bertujuan menyingkir objek asing (yang mungkin ada) pada luka.

Selepas pendarahan berhenti, lap luka hingga kering dan balut dengan kain kasa yang steril (bebas kuman). Namun kaedah ini hanya untuk luka kecil yang tidak menyebabkan terlalu banyak pendarahan. Bagi luka besar atau ada objek tertusuk ke dalam luka, segera bawa anak ke klinik atau hospital berhampiran.

b. Kecederaan mata
Ramai takut apabila kecederaan membabitkan mata dan tidak tahu apa perlu dilakukan. Cuci tangan anda hingga bersih dan lalukan air paip pada mata selama 15 minit (mata perlu dibuka).

Teknik ini dipanggil pencucian mata (flushing). Ini adalah kaedah biasa yang digunakan di klinik dan hospital. Kaedah ini boleh digunakan jika mata berasa pedih akibat terkena wasap bahan kimia seperti asid pencuci lantai atau longkang. Walaupun mata mengeluarkan air mata (tindak balas normal), ia masih tidak mencukupi. Mata anda perlu dibantu dengan membersihkannya di bawah air mengalir. Jika mata masih berasa tidak selesa, segera pergi ke klinik.

“Jika mata terkena serpihan kaca, jangan cuba mengeluarkannya walaupun ia boleh diambil dengan tangan kerana kita tidak tahu berapa dalam kaca itu tertusuk ke dalam mata.

“Kita bimbang jika luka itu dalam, ia boleh menyebabkan pendarahan dan ada serpihan kecil tertinggal dalam luka andai serpihan itu dikeluarkan sendiri.

“Sebaliknya, basuh tangan dan ambil cawan atau gelas plastik yang bersih dan tekap pada mata berkenaan. Ia bertujuan melindungi mata daripada terkena benda lain dan segera minta ahli keluarga membawa anda ke hospital.

“Di hospital, doktor akan mengeluarkan serpihan kaca dan menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui jika berlaku pendarahan dalam mata,” katanya.

Selain itu, mata lebam turut mendatangkan banyak masalah. Walaupun tidak membahayakan nyawa, ia menyebabkan ketidakselesaan. Cara yang boleh anda lakukan di rumah ialah balut kiub ais dengan tuala bersih dan tekap pada mata.

Tuam selama lima hingga 10 minit, rehat selama 10 hingga 15 minit dan ulang beberapa kali dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Jika lebam mata masih tidak berkurang, anda dinasihatkan mendapat rawatan di hospital.

Jika mata sakit, ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol. Ingat, jangan ambil aspirin atau ibuprofen. Apabila tidur, jangan baring pada belah mata yang sakit kerana ia membuatkan mata bertambah bengkak dan sakit.

c. Jatuh
Bengkak dan luka adalah kecederaan luaran, namun yang lebih dikhuatiri ialah berlaku kecederaan dalaman, terutama apabila seseorang itu jatuh dan kepalanya terhentak.
Seseorang yang jatuh perlu segera dibawa ke hospital apabila dia mengalami tiga tanda:
Pengsan (walaupun hanya untuk dua atau tiga saat)
Muntah-muntah (ini menandakan ada pendarahan dalaman atau otaknya bengkak)
Pening

Keadaan seseorang itu dipantau selama 24 jam. Ujian sinar-X pula dilakukan untuk memeriksa keretakan pada tengkorak. Bagaimanapun, biasanya kemalangan di rumah hanya menyebabkan pendarahan dan bukan keretakan tengkorak.

“Kebanyakan orang tidak mahu ke hospital kerana menganggap pening sedikit atau muntah sebagai perkara biasa. Jika ia berlaku selepas anda jatuh dan kepala terhentak, ia bukan perkara biasa, sebaliknya petanda penting menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan otak anda,” kata Dr Suraya pada kempen Keselamatan anjuran Pusat Perubatan Tropicana.

d. Kebakaran
Luka terbakar boleh menyebabkan kulit rosak, tegang dan terasa sangat sakit. Apabila kulit rosak akibat terbakar sama ada disebabkan haba panas atau sejuk, sistem perlindungan badan yang paling luar terhadap jangkitan kuman akan terganggu.

Luka terbakar dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut puncanya, sama ada haba panas atau sejuk. Mengikut istilah, luka terbakar ada dalam dua bentuk iaitu lecur (disebabkan haba kering, kesejukan melampau, bahan mengkakis, radiasi dan cahaya matahari) manakala lepuh pula diakibatkan haba basah seperti cecair dan wap panas.

Jenis luka terbakar dan punca yang berkemungkinan:

Luka terbakar yang kering — Disebabkan api, tersentuh objek panas, contohnya perkakas di rumah, khususnya alat elektrik, periuk panas

Lepuh — Disebabkan wap atau cecair panas (termasuk minyak panas)

Luka terbakar akibat arus elektrik — Arus voltan rendah seperti digunakan dalam alat elektrik di rumah

Luka terbakar akibat bahan kimia — Bahan kimia dan agen kimia yang biasa untuk kegunaan domestik, termasuk pengikis cat, soda kaustik, racun rumpai, peluntur dan sebarang asid atau alkali yang kuat.

Menurut Dr Suraya, kebanyakan wanita suka melakukan banyak kerja dalam satu masa dan kadangkala ketika ini mereka tidak sedar anak terdedah kepada bahaya.

Ketika di dapur terutamanya, sentiasa pastikan wayar peralatan elektrik jauh daripada jangkauan kanak-kanak. Selain itu, bagi periuk bertangkai, halakan tangkainya ke arah belakang.

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan membeli pengunci kabinet (yang diletakkan di tombol kabinet) bagi mengelak anak kecil bermain dengan pintunya. Kanak-kanak suka bermain buka-tutup pintu kabinet dan perkara ini kerap menyebabkan kecederaan kepada mereka.

“Jika terpaksa dukung anak sambil memasak, anda perlu lebih berhati-hati. Paling penting, elak mengangkat periuk, kuali atau cerek panas ketika mendukung anak kerana ia sangat berbahaya. Elak juga membawa teko berisi air panas.

“Bagi yang selalu menggunakan ketuhar gelombang mikro, isi makanan di dalam bekas yang sesuai. Jangan panaskan makan di dalam bekas polisterin, styrofoam atau plastik kerana ia boleh meletup.

“Biasanya pengeluar menulis label sama ada sesuatu bekas itu sesuai untuk kegunaan ketuhar gelombang mikro atau sebaliknya.

“Jika anda memanaskan makanan dalam bekas bertutup, buka sedikit tutupnya untuk mengeluarkan wap panas. Jangan terus dibuka kerana wap panas itu boleh terkena tangan.

“Jika memanaskan makanan untuk anak, biarkan seketika selepas ia dikeluarkan daripada ketuhar dan jangan terus beri kepada si kecil.

“Satu keunikan ketuhar gelombang mikro ialah ia hanya memanaskan makanan tetapi bekas makanan itu tetap sejuk. Uji dulu kehangatan makanan, baru beri kepada anak,” katanya.

Luka terbakar juga boleh berlaku di bilik air, terutama bagi keluarga yang memasang alat pemanas air. Dr Suraya mengingatkan supaya sentiasa memeriksa meter had kepanasan air sebelum membuka paip.

Beliau pernah menerima pesakit yang melecur kulit belakang badan yang tidak menyangka ada tangan nakal memusing meter had kepanasan air sehingga ke tahap maksimum.

“Laraskan kepanasan ke tahap terendah dulu dan tingkatkan suhu air secara perlahan-lahan. Jangan biarkan anak mandi sendirian kerana kanak-kanak tidak dapat membezakan antara tanda panas dan sejuk,” katanya.

Untuk keluarga yang ada anak kecil, labur sedikit duit membeli penutup palam kerana kanak-kanak kecil berumur satu hingga dua tahun mudah tertarik kepada cahaya pada palam berkenaan.

Pada masa sama, jangan biarkan wayar elektrik terdedah kerana ada kanak-kanak kecil, khususnya yang bakal atau baru tumbuh gigi, menggigit wayar untuk menghilangkan rasa gatal pada gusi.

Sebaliknya, jangan sorokkan wayar ini di bawah permaidani dengan tujuan supaya ruang tampak kemas dan cantik. Perkara ini sangat berbahaya kerana jika wayar berkenaan sering dipijak ia menjadi haus dan boleh berlaku kejutan elektrik atau kebakaran.

Dr Suraya berkata, setiap orang perlu lebih berhati-hati apabila mengendalikan bahan kimia domestik seperti cecair peluntur, asid pencuci longkang atau sebarang alkali kuat.

Patuhi peraturan seperti tercatat pada label dan jangan memandai-mandai mencampurkan dua jenis bahan kimia domestik.

“Jangan kerana mahu bahan pencuci yang lebih kuat, anda mencampur bahan peluntur dengan asid lain. Tindakan ini sangat berbahaya walaupun anda menuangnya ke lantai, kerana kita tidak tahu apa tindak balas yang akan berlaku.

“Pernah terjadi seorang suri rumah mengalami kecederaan mata apabila terkena wasap bahan kimia selepas menuang peluntur dan asid pencuci ke dalam longkang. Mujur dia cepat membersihkan mata dan segera mendapat rawatan di hospital.

“Selain itu simpan bahan kimia di dalam bekas khas yang berlabel dan jauh daripada kanak-kanak. Jika anda memasukkan baki bahan kimia ke dalam botol, label botol berkenaan dengan terang dan tulis perkataan ‘bahaya’.

“Jangan guna botol yang asalnya untuk minuman bagi mengelak kekeliruan. Kunci almari atau stor di mana bahan ini disimpan kerana kanak-kanak kecil tidak tahu membaca dan erti bahaya,” katanya.

Menurutnya, luka kebakaran boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

Darjah pertama — Kulit menjadi merah, berasa sakit dan kesannya hilang dalam masa seminggu

Darjah kedua — Jenis luka yang paling sakit, menyebabkan kulit melepuh dan berair. Jangan cucuk gelembung berair ini kerana ia memberi laluan kepada jangkitan bakteria atau virus. Gelembung berair ini adalah tindakan semula jadi kulit terhadap kebakaran untuk melindungi sel lain.

Darjah ketiga — Jenis luka kebakaran paling teruk tetapi kurang sakit berbanding jenis kedua kerana semua saraf pada bahagian yang luka termusnah dan mangsa tidak lagi berasa sakit. Kesakitan hanya dirasakan pada keliling bahagian yang terbakar.

“Rawatan untuk luka jenis kedua dan ketiga tidak boleh dibuat di rumah, sebaliknya mangsa perlu segera dibawa ke hospital. Mangsa akan diberi rawatan sesuai bagi menyembuhkan luka dan mengelak jangkitan. Untuk luka kebakaran jenis ketiga, pesakit mungkin perlu menjalani rawatan penggantian kulit.

“Ibu bapa perlu meningkatkan ciri-ciri keselamatan di rumah dan beritahu anak mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan dan terangkan mengapa ia berbahaya.

“Selain itu, sentiasa peka terhadap peralatan di rumah dan dapatkan khidmat orang berpengetahuan jika berlaku masalah membabitkan pendawaian mahupun peralatan elektrik. Tidak mengapa berbelanja sedikit, asalkan kita sekeluarga selamat,” katanya.

Sunday, April 12, 2009

Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah : Membaca watak anak-anak

Setiap anak dilahirkan dengan watak atau peribadi yg berbeza. Ibu bapa mesti bijak membaca watak anak-anak, kerana pendidikan yang berkesan adalah pendidikan yang bersesuaian dengan watak sebenar anak-anak.Mengikut pakar motivasi, Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah, terdapat sekurang-kurangnya 10 cara utk mengenal perwatakan anak-anak.

1. Nama
Nama menggambarkan doa atau harapan ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa mesti memahami makna bagi nama anak-anak kerana nama akan mempengaruhi tindak-tanduk dan peribadi anak-anak. Anak-anak yang bernama Afifah (berbudi bahasa) mungkin akan menjadi seorang lemah lembut berbanding yang bernama Naqibah (ketua) yang berwatak lebih tegas, ada prinsip (mungkin keras kepala, degil dsb). Anak yang bernama Ariffin mungkin seorang yang bijak manakala anak yang bernama Hanif seorg yang jujur dan bersih hatinya.

2. Perwatak Fizikal
Pakar-pakar psikologi menyatakan, bentuk badan anak-anak turut memberi gambaran perwatakan anak-anak, misalnya:

*Bertubuh kurus
Seorang yang agak gemuruh dan kelam-kabut tapi sangat kreatif. Seorang yang aktif dan pantas bergerak. Tapi agak penakut dan tidak boleh diharap sangat. Suka diberi penghargaan dan belaian oleh orang lain.

*Bertubuh sederhana
Suka tidur dan kuat makan. Kuat semangat, tapi slalunya tak fikir panjang sebelum bertindak. Sensitif, mudah marah, dan inginkan kesempurnaan. Memiliki daya ingatan yang kuat, suka memberi pandangan.

*Gemuk
Seorang yang tenang, penyayang, mudah bertolak-ansur dan teratur apabila buat kerja. Agak lambat berfikir, tapi ingatannya selalu tajam. Sabar dan jarang marah.

3. Tarikh lahir
Terdapat tiga jenis karaktor anak berdasarkan tarikh lahir.
Jenis A (lahir pada bulan 2, 4, 6, 8, 9, 11, 12)
Watak: Kelam-kabut, mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan, sentiasa nak cari kehebatan.
Jenis B (lahir pada bulan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12)
Watak: Tenang, mudah bertolak-ansur, mudah diajak berbincang.
Jenis C (lahir pada bulan 2, 3, 4, 7, 8, 9)
Watak: Emosi tinggi, mudah melenting dan mudah tersinggung.

4. Tulisan
Tulisan ditekan - Seorang yang cergas, pantas dan agresif.
Tekanan ringan - Seorang yang tidak begitu sihat dan mudah sakit.
Tulisan berbentuk bulat - Emosional, prihatin, penyayang, peka dan kreatif.
Tulisan tajam - Rasional, sistematik, pandai mengurus, banyak guna otak kiri.
Tulisan condong ke kanan - Ramah, penyayang, berani, pemurah.
Tulisan condong ke kiri - Suka menyimpan rahsia, pemalu, setia, kurang bercampur dengan orang.
Tulisan tegak - Sistematik, suka berkawan, suka cari jalan tengah.
Tulisan bercampur-aduk - Emosi tak tetap.
Tulisan jarang-jarang - Tak suka campur orang, kurang mesra, boros.
Tulisan rapat-rapat - suka bergaul, tapi amat bergantung dengan orang lain, sangat berjimat.
Ekor bagi huruf j, g, y dan z besar - Emosi ditunjukkan dengan jelas, penyayang, pandai tunjukkan kasih sayang, pemurah, rajin.
Ekor huruf j, g, y dan z kecil dan x lengkap - Tak pandai pamer emosi, kurang rajin.
Palang t tinggi - Aspirasi tinggi.
Palang t rendah - Mudah puas hati, tidak bercita-cita tinggi.
Palang t sederhana - Usaha dan tahap pencapaian yang sederhana.

5. Warna kegemaran.
Hijau - Mencitai alam sekitar, pemurah, mengambil berat,penyayang,
berperikemanusiaan, kritis, banyak idea.
Hitam - Serius, buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, tinggi iltizam.
Putih - Optimis, bersangka baik, sabar, suka kedamaian.
Merah jambu - Penyayang, bersungguh-sungguh, mempunyai keinginan yang tinggi.
Oren - suka kebebasan, kreatif, aktif, agak kelam-kabut, semangat tinggi, mempunyai ramai kawan.
Kuning - Ceria, tahan lasak, suka berkawan.
Biru muda - Sensitif, beretika, suka menolong, suka bekerjasama, sedia berkorban untuk orang lain.
Emas atau perak - suka pada kejayaan.

6. Urutan dalam keluarga.
Anak sulung - Cakap serupa bikin, cemerlang di rumah dan sekolah, jadi model kepada adik-adik, suka mengawal orang lain, pandai memujuk.
Anak tengah - Suka jadi pendamai, pemurah, mudah berkawan, bertolak-ansur.
Anak bongsu - Berani mengambil risiko, bertolak-ansur, kreatif, peramah.
Anak tunggal - Yakin, tak bergantung pada orang lain, teliti dan terperinci, bercita-cita tinggi, pengasih, pemurah dan suka bantu orang lain.


*sumber: majalah i bulan Dis 2005 (keluaran karangkraf)

Friday, April 3, 2009

Tanda-tanda Awal Kanser

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama,ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
------------------------
(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER
--------------
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri.Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
------------------------------------------
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Semoga Bermenfaat!

Wednesday, April 1, 2009

Interest to Mobile Users

Dear All,
Forwarding this useful info to all h/p users.... Just in case you lose your mobile or it gets stolen. Do u know this little trick? A 'get your own back' if you have your mobile stolen. May be of interest to Mobile Users among you. To check your Mobile phone's serial number, key in the following digits on your phone:

* # 0 6 #.

A 15 digit code will appear on the screen.

This number is unique to your handset.Write it down and keep it somewhere safe.
Should your phone get stolen, you can phone your service provider and give them this code. They will then be able to block your handset so even if the thief changes the SIM card your phone will be totally useless. You probably won't get your phone back, but at least you know that whoever stole it can't use/sell it either.

If everybody did this, there would be no point in stealing mobile phones. Let your friends know about this.

Please do this now & keep the 15 digit code somewhere safe just in case.
This memo will be too late if you only remember after your phone is stolen.

Rahsia jadi ayah yang berkesan

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan. Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen`penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak- kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya. Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang. Anak yang tidak berbapa.
Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:
* Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
* Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
* Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.
(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.
Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai kebapaan ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

1) Bapa yang komited dan bertanggungjawab.
* Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
* Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga.
* Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumahtangga,disamping ibu mereka.

2) Anda bukan hanya bertugas di luar.
Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan
memantau apakah anda telah melaksanakan tugas dirumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

3) Kenali anak anda.
* Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda.
* Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai,ketakutan,kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka.
* Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing. Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka.

4) Istiqamah (tetap pendirian)
Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi,istiqamah,tetap pendirian serta konsisten.
Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood(jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan; kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

5) Melindungi, menyara dan mendoakan.
Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda
memberikan saraan yang cukup kepada mereka.Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

6) Mencintai ibu mereka.
Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna.Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan 'keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

7) Menjadi pendengar yang baik
* Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia.
* Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan.
* Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka berhak' untuk didengari dan diberi perhatian.
* Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian.
* Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan`keimanan'dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama.
* Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah.
* Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid.
* Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.