Sunday, June 28, 2009

Alhamdulillah.......

Alhamdulillah, hujan telah turun dibumi Taiping (tempat yang paling basah di Malaysia). Kelebatan hujan yang mencurah semalam memang menjadi idamanku selama tempoh kemarau yang berpanjangan tempohari, rumput yang kemerahan sekian lama kini kembali menghijau. Hari ini mentari pun agak malu-malu untuk memancarkan cahayanya walaupun pada awal pagi tadi mentari sudah kelihatan. Apakah hujan akan turun lagi? Turunlah selebat manapun, aku tak kisah, lagi lebat lagi bagus asal jangan sampai banjir sudah......


Thursday, June 25, 2009

Rasulullah, Iblis dan Sembahyang.

Rasulullah telah menyoal iblis sabdanya : "Wahai iblis ketika umatku berdiri melakukan sembahyang, bagaimana hal engkau?", Jawab iblis: "Masa itulah yang paling susah bagi aku, seluruh badan aku akan menggeletar dan lemah. Lalu aku menyuruh sekelian bala tentera aku yang terdiri syaitan supaya menggoda orang yang hendak sembahyang. Setiap akan digoda dengan berpuluh-puluh syaitan, setengahnya pada anggotanya, setengah akan masuk dalam hati supaya ia merasa was-was serta terlupa akan rakaatnya, dan akan bimbang terhadap pekerjaan dunia serta akan segera keluar dari sembahnyang dan setengahnya akan masuk ke dalam mata lalu menjadikan hatinya tidak senang. Akan datang pula syaitan duduk dibelakangnya supaya orang tidak tahan lama untuk duduk di tahiyat dan didalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyang itu habis cepat. Dengan ini ia akan mengurangkan pahala sembahyang. Sekiranya sekelian syaitan itu tidak tidak dapat menggoda aku akan hukum dengan seberat-berat hukuman keatas syaitan-syaitan itu."

Monday, June 22, 2009

Homestay : Pesisir Pantai Rusila Marang Kuala Terengganu.

Pandangan depan homestay

Diruang tamu

Diruang tengah dimana disitu juga satu katil kelamin disediakan.

Sebahagian bahagian dapur, bilik mandi dan tandas yang berasingan.

Kabinet dapur

Bahagian tengah, kelihatan sebuah katil bujang dan kemudahan TV.

Dibelakang rumah hanya beberapa meter sahaja kelihatan pantai dan laut.

Tak jadi masalah untuk bermandi manda dan bermain dipantai.

Pantainya yang luas dan cantik.


Diwaktu malam boleh makan minum dan berehat, hanya didepan homestay tersebut.

Jalan besar yang begitu hampir dengan penginapan, mudah dari segi memunggah barang keperluan.

Yang berminat dan berhajat untuk bercuti-cuti malaysia bolehlah contact nombor dan tuan punya homestay tersebut.

Saturday, June 20, 2009

Homestay : WZZ Hostel Wakaf Bharu, Kota Bharu Kelantan Darulnaim.

Aku mengambil kesempatan ini untuk membantu mempromosikan produk kaum sendiri di negeri Che Siti Wan Kembang. Sebenarnya ini adalah penginapan kami ketika berkunjung ke sana untuk menyertai kenduri meyambut pengantin baru Shat dan Shuk baru-baru ini. Kami ditempatkan disini oleh pihak pengantin sendiri. Sebanyak 2 bilik disediakan untuk kami, satu bilik besar yang mempunyai 3 bilik kecil dengan 2 katil bujang disetiap bilik dan ruang tamu yang luas serta ruang dapur dan dua bilik mandi. Satu bilik lagi adalah bilik yang aku paparkan dibawah. Bagi yang berhajat dan berminat, ambillah ruang dan peluang ini dengan menghubungi pihak pengurusan WZZ Hostel. Terima Kasih.

Rumah tumpangan atau Asrama Pelancung WZZ, Kota Bharu Kelantan Darulnaim.

Mempunyai 5 katil bujang ++++.

Terdapat juga sebuah meja dan beberapa kerusi plastik.

Kemudahan dapur yang 'simple'.

Bilik mandi dan dan tandas yang berasingan.

Satu unit air-corn juga disediakan yang sesuai dengan keluasan bilik.

Kemudahan dipelbagaikan oleh tuan punya homestay ini.

Peralatan dan kemudahan dapur.

Sebuah TV untuk tontonan semasa beristirehat.

Friday, June 19, 2009

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa diseluruh dunia.

Hati seorang Ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya,Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertaisuara batuk batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok? "Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya."Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab:
"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa tetapi dia tetap juga tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."
t
"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya.

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari,demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya,melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling
mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri,
bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki,walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

p/s: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin.

Wednesday, June 17, 2009

Masjid Kristal

Masjid Kristal dari pandangan jauh.

Semakin dekat semakin terserlah keindahan dan keunikannya.



Kubah kristal


Menara Kristal



Sejenis pokok palma sebagai hiasan luar.


Lagi kubah kristal dikelilingi dinding konkrit

Mimbar

Lampu gantung kristal


Antara hiasan kaligrafi dibahagian dalam

Dinding pemisah ruang solat kaum hawa.

Lantai yang di tutupi permaidani merah yang mewah.

'Real and solid crystal' pada mimbar.

Pemegang daun pintu yang begitu eksklusif

Bumbung kristal di 'linkway' dewan utama dan tempat mengambil wuduk.


Hiasan pokok palma seolah-olah berada di padang pasir.

Pancutan air

Sunday, June 14, 2009

6hb. Jun 2009

Pada 6hb. Jun 2009 yang lalu, hari yang paling berbahagia buat ibu tersayang Hajah Rani Ismail kerana hari perkahwinan anak bongsu nya. Maklumlah anak bongsu, perempuan pulak tu, jadi bila ada orang yang sudi menjadi teman hidupnya, maka terlepaslah tanggungjawab dan kewajipan keatas anak tersebut dan kini suaminya adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya keatasnya. Semoga selepas ini mak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap kehidupan seharinnya tanpa bersusah payah memikirkan anak bogsunya itu.

Banner majlis perkhwinan Shat & Shuk.

Anak muda kampung sedang menjamu selera disebelah malam sempena kenduri arwah.

Kelihatan anak, menantu dan cucu Kak Sarah sedang menjamah juadah.

Didalam rumah kelihatan kaum ibu dan kaum hawa sedang makan.

Sebahagian penduduk kampung yang hadir sedang menikmati hidangan nasi putih, daging masak lemak dan ikan masin.

Orang yang paling sibuk, Abang Yie sedang berkomunikasi dengan pekerja di balai hidangan. Antara aktiviti disebelah malam.

Pada hari kenduri yang sebenar :
Tarmizi, antara sahabat sekerja yang hadir bersama keluarga.

Tidak ketinggalan "Abang kau" (Saher) dan seluruh keluarganya.

Isteri "abang kau" sedang asyik berbual dengan orang rumah aku, maklumlah sekali sekala berjumpa......

Pelamin terindah raja sehari, dengan warna oren sebagai warna tema.

Para jemputan sedang menjamu selera dibawah "canopy" serba biru dengan label 'kati'.

Abang Ramli A. Majid (Awang Stering) DJ jemputan pada hari bersejarah tersebut.

Nida begitu anggun di hari perkahwinannya.

Pengantin perempuan sedang bergerak untuk menyambut kehadiran pengantin lelaki

Dua mempelai begitu anggun dan segak. Ular sawa batik-batik, sama lawa sama cantik.
Selamat pengantin baru, semoga berbahagia dan kekal ke akhir hayat.